Wednesday, October 7, 2020

FWD TAKAFUL MEMPERKENALKAN PELAN MIKRO-TAKAFUL, FWD KASIH

Memperkenalkan FWD Kasih, pelan Takaful dalam talian khas buat yang amat memerlukan.


Pelan Takaful mampu milik yang menyediakan akses perlindungan kepada komuniti berpendapatan rendah


KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- FWD Takaful Berhad (“FWD Takaful”) baru-baru ini telah melancarkan FWD Kasih, sebuah pelan mikro-Takaful dalam talian yang direka khas untuk membantu golongan berpendapatan rendah di Malaysia, dengan sumbangan bulanan serendah RM2.03¹ sebulan bagi wanita dan RM2.54² bagi lelaki.

Salim Majid Zain, Ketua Pegawai Eksekutif FWD Takaful berkata, “FWD Kasih bertujuan untuk memperkasakan golongan berpendapatan rendah dengan menjadikan Takaful mudah disertai, mampu milik dan mudah untuk diperolehi. Kami amat berbesar hati kerana dapat memainkan peranan dalam masyarakat dan membantu melindungi keluarga-keluarga ini serta mengurangkan bebanan kewangan mereka disebabkan situasi-situasi yang tidak diduga. Dengan FWD Kasih, kami terus menghidupkan visi kami iaitu mengubah pandangan orang ramai tentang Takaful.

FWD Kasih menawarkan perlindungan kepada mereka yang berumur 19 sehingga 54 tahun dengan pendapatan bulanan isi rumah sehingga RM5,000 sebulan, dengan membayar sepenuhnya jumlah dilindungi akibat kematian dan Hilang Upaya Penuh dan Kekal (HUPK) serta 200% daripada jumlah dilindungi akibat kematian disebabkan kemalangan.

Wan Ahmad Najib Wan Ahmad Lotfi, Ketua Strategi dan Pengedaran Digital berkata, “Lazimnya, keluarga yang berpendapatan rendah akan mengalami kesusahan untuk meneruskan kehidupan apabila ketua keluarga tidak lagi dapat menyara keluarga disebabkan kematian atau kehilangan upaya. Inklusiviti kewangan amat penting bagi kami, dan di FWD Takaful kami percaya bahawa pendapatan tidak seharusnya menjadi halangan untuk mendapatkan perlindungan. Kami komited untuk memberikan akses perlindungan takaful kepada kumpulan orang yang paling memerlukan dalam komuniti kita, oleh itu kami memperkenalkan FWD Kasih agar mereka dapat mendapat manfaat dengan harga mampu milik.”

FWD Kasih menawarkan empat (4) pilihan pelan dengan jumlah dilindungi sebanyak RM10,000, RM20,000, RM30,000 atau RM40,000. Semua rakyat Malaysia yang layak boleh mendaftar terus secara dalam talian di fwd.com.my/direct/kasih.

FWD Takaful telah bekerjasama dengan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi Universiti Utara Malaysia (UUM) pada tahun lalu, dengan menyumbang dana sebanyak RM250,000 untuk penyelidikan industri untuk menguji kesesuaian pelan Takaful dan saluran edaran bagi komuniti B40. FWD Kasih direka berdasarkan kecenderungan responden B40 dan pemahaman berkenaan keperluan Takaful yang spesifik berdasarkan latar belakang demografi dan struktur produk.

Untuk maklumat lanjut mengenai FWD Takaful, sila layari fwd.com.my. Secara alternatifnya, hubungi 1300 13 7988 atau emel contact.my@fwd.com.

Mengenai FWD Takaful Berhad

FWD Takaful Berhad (FWD Takaful) adalah pengendali Takaful di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan Takaful keluarga. FWD Takaful dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.

Ia adalah unit perniagaan Takaful Kumpulan FWD (FWD) - perniagaan insurans daripada kumpulan pelaburan, Pacific Century Group - yang merentasi Hong Kong & Macau, Thailand, Indonesia, Filipina, Singapura, Vietnam, Jepun dan Malaysia; menawarkan insurans hayat dan perubatan, insurans am, faedah Takaful keluarga dan faedah pekerja merentasi beberapa pasarannya.

Sejak tahun 2013, FWD telah menumpukan usaha untuk mencipta pengalaman pelanggan yang baru, dengan produk-produk yang mudah difahami, disokong oleh teknologi digital. Melalui pendekatan yang didorong oleh pelanggan ini, FWD akan mencapai visinya untuk menjadi peneraju insurans Asian yang mengubah pandangan terhadap insurans.

Untuk maklumat lanjut, sila layari fwd.com.my

¹ Berdasarkan andaian Wanita, umur pada hari jadi berikut 19 tahun dan jumlah dilindungi RM10,000
² Berdasarkan andaian Lelaki, umur pada hari jadi berikut 19 tahun dan jumlah dilindungi RM10,000  

SUMBERFWD Takaful Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Arnee Ismail

Brand, PR & Communications, Marketing
Tel: (60) 3 2771 7776 / (60) 19 663 3390
E-mel: arnee.ismail@fwd.com

Nama: Aslinda Aminuddin
PR & Communications, Marketing
Tel: (60) 3 2771 7784 / (60) 12 294 5805
E-mel: aslinda.aminuddin@fwd.com

--BERNAMA



FWD TAKAFUL MEMPERKENALKAN PELAN MIKRO-TAKAFUL, FWD KASIH

No comments:

Post a Comment