Sunday, October 18, 2020

LULU MONEY DAN MONEYGRAM MEMPERLUASKAN PERKONGSIAN DI HONG KONG

· Perkongsian itu akan menguntungkan berjuta-juta pengguna yang mencari sebuah rakan pembayaran yang boleh dipercayai dalam MoneyGram di Hong Kong

· LuLu Money pada masa ini mengendalikan cawangan di lokasi-lokasi  yang terkemuka dan mudah diakses di negara itu, termasuk satu di Worldwide. 

HONG KONG, 16 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
LuLu Money, sebuah nama terkemuka di dalam pertukaran wang asing & pemindahan wang, dan MoneyGram, sebuah peneraju dunia di dalam pembayaran P2P rentas sempadan & pemindahan wang, mengumumkan perkongsian mereka di Hong Kong. Perkongsian itu akan membolehkan berjuta-juta pengguna di Hong Kong untuk menghantar dan menerima wang di mana-mana lokasi LuLu Money dan berhubungan dengan rangkaian pengedaran MoneyGram global yang mencakupi lebih 200 buah negara dan wilayah.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20201015006089/en/

Bercakap mengenai perkongsian itu, Adeeb Ahamed, Pengarah Urusan bagi LuLu Financial Group, berkata, “Industri pengiriman wang memainkan satu peranan penting di dalam menghubungkan komuniti dan keluarga, dan dengan menawarkan rangkaian kami sebagai satu pusat pembayaran bagi MoneyGram, kami berhasrat untuk membuat proses pemindahan wang lebih mudah untuk diakses, lebih murah dan selesa bagi berjuta-juta penduduk Hong Kong.” 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13868

No comments:

Post a Comment