Thursday, October 8, 2020

PRA HEALTH SCIENCES DIPILIH OLEH BARDA UNTUK MENJADI AHLI RANGKAIAN KAJIAN KLINIKAL YANG EKSKLUSIFNYA

 Dengan kontrak baharu, PRA akan membantu Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Lanjutan Bioperubatan (BARDA) dalam pembangunan langkah balas perubatan untuk kesihatan orang awam



RALEIGH, N.C., 8 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- PRA Health Sciences, Inc. (NASDAQ: PRAH) mengumumkan pada hari ini bahawa PRA dipilih oleh Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Lanjutan Bioperubatan (BARDA) untuk menjadi ahli Rangkaian Kajian Klinikal (CSN) yang terkininya. Di bawah anugerah kontrak Perancangan dan Pelaksanaan Percubaan Klinikal (CTPE), PRA akan berkhidmat sebagai rakan niaga yang bernilai untuk menyediakan perkhidmatan penyelidikan klinikal bagi membangunkan langkah balas perubatan (MCM) yang melindungi kesihatan dan menyelamatkan nyawa dalam kecemasan kesihatan orang awam.

“Program ini mewakili penyelidikan penting yang perlu untuk melindungi dan memudahkan kesihatan orang awam,” ujar Michael Massaro, Naib Presiden Kanan, Pelaksanaan Projek dan Biometrik, PRA Health Sciences. “Kami berbangga untuk menyokong Rangkaian Kajian Klinikal BARDA kerana kami boleh menawarkan pengalaman penyelidikan klinikal, kepakaran dan keupayaan kami serta menjadi rakan kecerdasan penjagaan kesihatan untuk keperluan yang unik dan segera ini.”

Sebagai sebahagian daripada Pejabat Setiausaha Pembantu untuk Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat (ASPR) dalam Jabatan Kesihatan dan Layanan Manusia (HHS) Amerika Syarikat, BARDA melindungi keselamatan negara daripada ancaman bahan kimia, biologi, radiologi dan nuklear, serta influenza pandemik dan penyakit berjangkit yang muncul. BARDA menyokong penyelidikan lanjutan, pembangunan dan pengeluaran MCM seperti vaksin, ubat dan diagnosis. BARDA akan memanfaatkan CSN untuk memajukan pembangunan MCM dengan menjalankan percubaan klinikal Fasa I-IV yang ketat dan yang menilai keselamatan serta keberkesanan ubat, peranti dan produk biologi.

Baru-baru ini, BARDA mengkonfigurasi semula kontrak CSN untuk merangkumkan kontrak Perancangan dan Pelaksanaan Percubaan Klinikal sebagai kontrak berbilang ganjaran Pelaksanaan Tidak Tetap/ Kuantiti Tidak Tetap selama tempoh lima tahun. Sepanjang tempoh kontrak mereka, PRA dan ahli CSN CTPE yang lain boleh menghantar usul tambahan untuk kerja baharu dalam skop projek ini. Projek ini telah dibiaya secara sebahagian atau sepenuhnya dengan dana persekutuan daripada ASPR dan BARDA, di bawah Kontrak No. 75A50120D00019.

Perihal PRA Health Sciences

PRA Health Sciences merupakan salah sebuah organisasi penyelidikan kontrak global utama melalui pendapatan, menyediakan pembangunan klinikal yang disumber luar dan perkhidmatan penyelesaian data kepada industri bioteknologi dan farmaseutikal. Platform pembangunan klinikal global PRA merangkumi lebih daripada 75 pejabat merentas Amerika Utara, Eropah, Asia, Amerika Latin, Afrika, Australia dan Timur Tengah, dan memiliki lebih 17,500 pekerja di seluruh dunia. Sejak tahun 2000, PRA telah mengambil bahagian dalam kira-kira 4,000 percubaan klinikal di seluruh dunia. Selain itu, PRA mengambil bahagian dalam ujian penting atau sokongan yang berjaya memperoleh kelulusan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubatan A.S. atau pengawal selia antarabangsa untuk lebih 95 ubat. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang PRA, sila lawati www.prahs.com.

PERTANYAAN PELABUR: InvestorRelations@prahs.com

PERTANYAAN MEDIA: Laurie Hurst, Pengarah Kanan, Komunikasi dan Perhubungan Awam
hurstlaurie@prahs.com | +1 (919) 786-8435
 

SUMBER : PRA Health Sciences, Inc.

No comments:

Post a Comment