Wednesday, October 7, 2020

EXPEREO MEMPEROLEH GLOBALINTERNET DAN MENGUKUHKAN KEPIMPINAN GLOBAL DALAM PASARAN PERKHIDMATAN INTERNET TERURUS

AMSTERDAM, 7 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- pembekal penyelesaian Internet, akses Awan dan SD-WAN utama dunia, Expereo, telah mengumumkan pemerolehan Globalinternet, pembekal global bagi perkhidmatan akses Internet terurus. Pemerolehan ini mengukuhkan kepimpinan Expereo dalam menyediakan penyelesaian Internet Global dan ketersambungan rangkaian terurus kepada rakan kongsi dan pelanggan korporat multinasionalnya.


Keupayaan Globalinternet meningkatkan lagi trajektori pertumbuhan pantas Expereo, berikutan pemerolehan platform kecerdasan ketersambungan, Comsave awal tahun ini. Pelaburan ini bukan sahaja membuktikan visi syarikat yang disokong oleh APAX Partners, tetapi juga mencerminkan cita-citanya untuk menerajui revolusi dalam rangkaian berasaskan Internet Global, apabila akses Internet diringkaskan, dioptimumkan dan dapat dicapai di seluruh dunia.

“Ini merupakan peralihan yang semula jadi dan menarik bagi kedua-dua syarikat,” kata Irwin Fouwels, CEO Expereo “Pandemik COVID-19 telah mempercepat proses transformasi digital apabila perusahaan menilai semula strategi perangkaian mereka. Dengan gabungan keupayaan Globalinternet dan Expereo membolehkan kami menyokong kedua-dua pelanggan perusahaan dan rakan kongsi pembekal perkhidmatan terurus (MSP) dengan berkesan dan pada skala, memanfaatkan Internet dipertingkat dan perkhidmatan akses awan dan pengalaman pelanggan digital utama terbaik dalam kelasnya yang tunggal,” jelas Fouwels.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13824

No comments:

Post a Comment