KUALA LUMPUR 22 Mac (Bernama) -- Setiap tahun sesebuah universiti di Malaysia pasti akan
melalui senario pilihanraya kampus bagi pemilihan dan perlantikan Majlis
Perwakilan Pelajar (MPP). Peranan pilihanraya kampus adalah bagi memilih barisan
kepimpinan mewakili mahasiswa-mahasiswa ke peringkat pengurusan tertinggi
universiti. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) juga tidak
terlepas dari senario tersebut yang telah berlangsung pada 15 Februari 2016,
Isnin, bermula seawal jam 8 pagi sehingga 5 petang. Proses pilihanraya berjalan
dengan lancar dan pengiraan undi tamat jam 9.15 malam, diikuti dengan
pengumuman keputusan pilihanraya tepat jam 9.40 malam oleh Ybhg. Timbalan
Rektor (Pembangunan Mahasiswa & Alumni), Dr. Mokmin bin Basri.
No comments:
Post a Comment