Wednesday, November 13, 2024

ACARA SAMPINGAN YANG DIADAKAN DI FORUM BANDAR SEDUNIA KE-12 UNTUK BERKONGSI PENGALAMAN DAN AMALAN PEMBANGUNAN BANDAR LESTARI GLOBAL

KAHERAH, 13 Nov., 2024 /Xinhua-AsiaNet/--

Semasa Forum Bandar Sedunia ke-12, satu acara sampingan berhubung pengalaman dan amalan pembangunan bandar lestari global telah diadakan di Kaherah, ibu negara Mesir. Acara itu telah dianjurkan bersama oleh Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Suruhanjaya Perbandaran Shanghai bagi Perumahan, Pembangunan dan Pengurusan Bandar-Luar Bandar, dan Universiti Shanghai.
 
Huang Rong, seorang kaunselor dengan Kerajaan Rakyat Perbandaran Shanghai, telah mengucapkan tahniah di atas penganjuran acara sampingan itu bagi pihak Datuk Bandar Shanghai. Beliau berkata di bawah bimbingan Kementerian Perumahan dan Pembangunan Bandar-Luar Bandar, Shanghai telah memanfaatkan platform Hari Bandar Raya Sedunia itu untuk menyumbang kepada pembangunan lestari global melalui kerjasama mereka dengan Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
 
"Seminggu yang lalu, kami telah menyampaikan Anugerah Global kedua bagi Pembangunan Lestari di Bandar Raya (Anugerah Shanghai) kepada lima bandar raya yang menang. Melalui Forum Bandar Sedunia itu, kami berharap agar dapat membawa kembali pengalaman tadbir urus bandar global ke China, ke Shanghai, dan juga berkongsi amalan penuh bertenaga Shanghai dengan dunia," kata Huang Rong.
 
Di bawah inisiatif China, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu memutuskan untuk menetapkan 31 Oktober sebagai Hari Bandar Raya Sedunia bermula dari 2014, demikian menurut Cheng Jian, pengarah bagi Pusat Penyelarasan Shanghai bagi Hari Bandar Raya Sedunia.
 
Anugerah Global bagi Pembangunan Lestari di Bandar Raya (Anugerah Shanghai), Indeks Disesuaikan UMF-Shanghai, dan Manual Shanghai: Satu Panduan untuk Pembangunan Bandar Lestari pada Abad Ke-21 adalah barangan awam penting yang dilancarkan oleh China dan Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada Hari Bandar Raya Sedunia untuk mempercepatkan pelaksanaan Agenda Pembangunan Lestari PBB 2030 dan menggalakkan pembangunan bandar lestari global.
 
Sumber: Pusat Penyelarasan Shanghai bagi Hari Bandar Raya Sedunia

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment