Wednesday, May 1, 2019

PELANCARAN PANDUAN AMALAN KLINIKAL (CLINICAL PRACTICE GUIDELINES) MANAGEMENT OF DIABETIC FOOT (SECOND EDITION)

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization) melaporkan prevalen penyakit kencing manis (diabetes mellitus) di dunia dalam kalangan orang dewasa berumur lebih 18 tahun telah meningkat dari 4.7 peratus pada tahun 1980 ke 8.5 peratus pada tahun 2014. Malaysian National Health and Morbidity Surveys pula menunjukan peningkatan prevalens diabetes dari 11.6 peratus pada tahun 2006 ke 17.5 peratus pada tahun 2015. Prevalens diabetes yang tinggi di kalangan orang dewasa meningkatkan risiko masalah kaki, terutamanya disebabkan masalah saraf (neuropathy) dan/atau peripheral arterial disease. Sebanyak 50 peratus dari mereka tiada gejala diabetic peripheral neuropathy dan lebih kurang 80 peratus amputasi kaki yang bukan disebabkan oleh trauma (non-traumatic) bermula dari ulser kaki (foot ulcer).

Pada tahun 2011, perbelanjaan keseluruhan pengurusan diabetes mellitus type 2 ialah RM1.40 bilion iaitu bersamaan 9.21% daripada jumlah peruntukan Kementerian Kesihatan Malaysia. Perbelanjaan rawatan akan menjadi lebih tinggi apabila kehilangan produktif tenaga kerja yang disebabkan oleh kemasukan pesakit ke hospital sama ada yang berulang dan/atau berpanjangan disebabkan komplikasi diabetic foot.   

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12109

No comments:

Post a Comment