Tuesday, April 30, 2019

PENAFIAN BERKENAAN NOTIS PENGGANTUNGAN LESEN PELANCONGAN SYARIKAT AL-MUNAWWARAH SERVICES / AMS TRAVEL & TOURS SDN BHD

Alert: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menafikan pengeluaran sebarang notis penggantungan lesen pelancongan kepada syarikat Al-Munawwarah Services / AMS Travel & Tours Sdn Bhd yang menyebabkan sekumpulan jemaah umrah terkandas dan tidak dapat mengerjakan umrah baru-baru ini.

PUTRAJAYA, 30 April (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menafikan pengeluaran sebarang notis penggantungan lesen pelancongan kepada syarikat AlMunawwarah Services / AMS Travel & Tours Sdn Bhd yang menyebabkan sekumpulan jemaah umrah terkandas dan tidak dapat mengerjakan umrah baru-baru ini. Surat yang telah dikongsikan kepada semua jemaah oleh pihak syarikat tersebut berkaitan penggantungan lesen berkenaan adalah tidak benar dan palsu. Kementerian telah mengambil tindakan dengan melaporkan perkara ini kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Untuk makluman siasatan dalaman yang dijalankan, syarikat tersebut didapati tidak pernah memohon atau mempunyai sebarang pendaftaran berkaitan perlesenan dengan Kementerian ini. Oleh itu, syarikat tersebut kini sedang disiasat di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482] kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen yang sah.

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dalam sebarang urusan pembelian dan pembayaran pakej percutian dan umrah dengan menyemak pendaftaran pelesenan syarikat pelancongan terlebih dahulu. Kementerian ini menyarankan orang ramai agar menyemak status lesen syarikat pelancongan terlebih dahulu sebelum membuat bayaran di mana-mana Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya di seluruh negara atau menerusi semakan dalam talian di laman sesawang Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya di www.motac.gov.my

Sumber: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Unit Komunikasi Korporat,
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
Tel: 03-8000 8000
Faks: 03-88917181
Emel: info@motac.gov.my

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment