Monday, April 29, 2019

PERLUAS JARINGAN, LAUNDRYBAR TAMBAH OUTLET BARU KE 500 DI SEGAMBUT

SEGAMBUT, 29 April (Bernama) -- City Coin Laundry Sdn Bhd (LaundryBar) secara rasminya membuka cawangan outlet di M-Avenue, Segambut. Outlet tersebut merupakan outlet yang ke-500 Laundrybar dan salah satu outlet mega bagi syarikat dobi layan diri itu.

Ketua Komunikasi Korporat & Penjenamaan, Mohd Fadzli Ab Rahim berkata, lebih banyak cawangan LaundryBar akan dibuka diseluruh Malaysia dan antarabangsa dan pihaknya merancang untuk membuka 150 cawangan baru menjelang akhir tahun ini.

“Selain itu, pembukaan cawangan baharu ini adalah antara strategi pertumbuhan syarikat untuk menjadi pemain utama industri yang berdaya saing dalam pasaran” katanya ketika ditemui dalam majlis perasmian outlet LaundryBar Mega Store M-Avenue, di Segambut, semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi Persatuan Francais Malaysia (MFA), Datuk Radzali Hassan, Setiausaha Agung MFA, Mohamad Shukri Salleh dan Pengarah Urusan Kumpulan City Coin Laundry Sdn Bhd, Paul Ang.

City Coin Laundry Sdn Bhd mempunyai lebih 500 cawangan LaundryBar di pasaran Malaysia di pelbagai lokasi strategik seperti Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Johor, Sarawak, Sabah dan lain-lain negeri. Tambahan pula, syarikat itu juga telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa seperti Thailand, Brunei, Turki dan merancang untuk membuka pasaran baru di beberapa negara lain.

“Francais Laundrybar berjaya sampai ke tahap ini adalah kerana sambutan yang diberikan kepada Laundrybar oleh netizen begitu memberangsangkan berikutan outlet-outlet dibuka di lokasi yang strategik, mesra pengguna serta mendapat sambutan luar biasa daripada masyarakat setempat” tambahnya.
 
Trend industri dobi layan diri

Mengulas mengenai trend dalam industri dobi layan diri ketika ini, beliau berkata, trend perkhidmatan dobi di Malaysia semakin berkembang dan memberikan banyak pilihan kepada pengguna sama ada menggunakan perkhidmatan berkonsepkan konvensional atau layan diri yang lebih efisien.

Dengan adanya perkhidmatan dobi, ia membantu pengguna menguruskan kerja rumah dan kewangan dengan lebih baik. Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, perkhidmatan dobi layan diri menjadi pilihan utama kerana pelanggan boleh membasuh dan mengeringkan baju dalam tempoh sejam. Malahan, ia membolehkan pengguna berkunjung ke kedai dobi pada bila-bila masa kerana beroperasi selama 24 jam.

Tambahnya lagi, bahan pencuci, pelembut pakaian dan pembasmi kuman yang diberikan secara percuma kepada pelanggan adalah dikilangkan sendiri dan mendapat pengesahan status Halal daripada JAKIM. Ini adalah penting demi menjaga kepentingan dan keyakinan pelanggan terhadap Laundrybar.

Selain itu, konsep perniagaan Laundrybar dijalankan secara sistem francais. Modal yang diperlukan bagi pakej perniagaan francais mereka adalah antara RM300 ribu hingga RM 700 ribu bergantung kepada keluasan kedai dan jumlah mesin. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Kelvin Ang ditalian 012-387 4328.

SUMBER : Persatuan Francais Malaysia (MFA)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 

Nama: Mohd Fadzli Ab Rahim
Komunikasi Korporat & Penjenamaan
City Coin Laundry Sdn Bhd

Tel: 012- 251 3328
Laman web: www.laundrybar.com.my/

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment