Thursday, April 4, 2019

Agrobank sampaikan perspektif kewangan islam dan pertanian menerusi Siri tazkirah

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Siri tazkirah 'Agrobank Bertazkirah' kini menjadi antara platform Agrobank dalam menyampaikan maklumat tentang isu-isu yang berkaitan pengurusan kewangan melalui perspektif kewangan Islam dan pertanian. 

Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank Syed Alwi Mohamed Sultan berkata program yang mendapat kerjasama bersama Imam Muda Asyraf Ridzuan itu sejajar dengan fungsinya sebagai institusi kewangan Islam sepenuhnya yang diberi mandat membangunkan sektor pertanian di negara ini. 

"Program itu merupakan inisiatif kepimpinan pemikiran Agrobank dengan matlamat untuk berkongsi maklumat dan perspektif mengenai topik yang berkaitan dengan pengurusan wang, perbankan dan perniagaan berasaskan pertanian. 

Bagi program ini, kami gunakan kelebihan media sosial dan saluran digital agar manfaat tazkirah itu dapat disampaikan kepada umum. Perkongsian kisah tentang nilai-nilai yang baik adalah penting untuk menerapkan elemen positif di kalangan warga kerja kami serta komuniti," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Program Agrobank Bertazkirah sebanyak 10 episod boleh ditonton menerusi laman Facebook Imam Muda Asyraf dan laman Facebook Agrobank dengan antara topik yang dipaparkan adalah Riba itu OK; Hijrah itu payah; Bidang pertanian, meraih pahala senyap; Perlindungan dalam Islam, Binatang Ternakan dan kelebihannya serta Penyucian Harta. 

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment