Thursday, April 11, 2019

TOMI ENVIRONMENTAL SOLUTIONS, INC. MELAKSANAKAN STERAMIST DALAM PFIZER, CHESTERFIELD, MISSOURI

BEVERLY HILLS, Calif., 11 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- TOMI Environmental Solutions, Inc.® (“TOMI”) (OTCQX:TOMZ), syarikat global yang mengkhusus dalam keperluan disinfeksi dan dekontaminasi, hari ini mengumumkan bahawa SteraMist® telah melaksanakan Sistem Terbina Dalam Tersuai iHP® di kemudahan Pfizer di Chesterfield, Missouri. TOMI menggunakan platform Binary Ionization Technology® (BIT) yang utama menerusi pengilangan, pelesenan, penyelenggaraan dan penjualan jenama produk SteraMist® - kabus dan kabut berasaskan hidrogen peroksida.
 
SteraMist kini digunakan di berbilang kemudahan Pfizer merentas negara, menunjukkan perkongsian yang mantap dan komited untuk menyekat penyebaran patogen berbahaya. Kemudahan Chesterfield yang sebesar kira-kira 295,000 kaki persegi, menempatkan kumpulan Sains Farmaseutikal BioTerapeutik mereka, iaitu bangunan khusus untuk R&D bagi ubat baharu yang berpotensi.
 
Sistem SteraMist dipasang dalam empat (4) suit cGMP bilik bersih, sejumlah dua puluh (20) aplikator SteraMist yang dilekapkan di siling, disambungkan ke kabinet kawalan dua penjana, yang diprogramkan untuk menjalankan satu (1) atau semua aplikator serentak. Sistem ini menggunakan dram penyelesaian BIT lima puluh lima (55) gelen dan disertakan butang henti kecemasan, HMI diprogramkan tersuai dengan masa jam, pengesanan H2O dan laporan hasil patuh PDF. Sistem Terbina Dalam Tersuai iHP SteraMist ini bakal digunakan secara harian untuk memastikan disinfeks/dekontaminasi menyeluruh.
 
Elissa Shane, COO TOMI berkata, “TOMI teruja dengan perkongsian kami bersama Pfizer memandangkan kami terus berkembang ke dalam kemudahan mereka. SteraMist amat sesuai untuk syarikat farmaseutikal dengan penyelesaian pantas dan keberkesanan tinggi yang ditawarkan oleh teknologi iHP.”
 
TOMI™ Environmental Solutions, Inc.: Innovating for a safer world®
 
TOMI™ Environmental Solutions, Inc. (OTCQX:TOMZ) ialah syarikat dekontaminasi dan pencegahan jangkitan global, yang menyediakan penyelesaian alam sekitar untuk disinfeksi permukaan dalam bangunan menerusi pengilangan, jualan dan pelesenan platform Binary Ionization Technology® (BIT). Dicipta di bawah geran pertahanan bersama-sama Agensi Projek Penyelidikan Lanjutan Pertahanan (DARPA) daripada Jabatan Pertahanan A.S, larutan BIT menggunakan Hidrogen Peroksida peratusan rendah sebagai satu-satunya bahan aktif untuk menghasilkan radikal hidroksil (.OH ion), yang dipanggil Hidrogen Peroksida terion (iHP). Diwakili oleh jenama produk SteraMist, iHP™ menghasilkan aerosol pembunuh kuman yang berfungsi seperti gas bukan kaustik.
 
Produk TOMI direka untuk memberi perkhidmatan kepada pelbagai jenis struktur komersial, termasuk, tetapi tidak terhad kepada hospital dan kemudahan perubatan, kapal persiaran, bangunan pejabat, bilik hotel dan motel, sekolah, restoran, kemudahan pemprosesan daging dan produknya, berek tentera, jabatan polis dan bomba serta kemudahan sukan. Produk dan perkhidmatan TOMI juga telah digunakan dalam rumah keluarga tunggal dan kediaman berbilang unit.
 
TOMI membangunkan program latihan dan protokol permohonan untuk pelanggannya dan merupakan ahli yang mematuhi keperluan Persatuan Keselamatan Biologi Amerika, Persatuan Bank Tisu Amerika, Persatuan Profesional Kawalan Jangkitan dan Epidemiologi, Persatuan Epidemiologi Penjagaan Kesihatan Amerika dan Persatuan Industri Pemulihan.
 
Untuk maklumat lanjut, sila lawati http://www.tomimist.com/ atau hubungi kami di info@tomimist.com.
 
Pfizer Inc.: Working together for a healthier world
 
Di Pfizer, kami menggunakan sains dan sumber global untuk membawakan terapi kepada orang ramai yang melanjutkan dan meningkatkan kehidupan mereka dengan signifikan. Kami berusaha untuk mengesetkan standard kualiti, keselamatan dan nilai dalam penemuan, pembangunan dan pengilangan produk penjagaan kesihatan. Portfolio global kami termasuklah ubat dan vaksin serta kebanyakan produk penjagaan kesihatan pengguna yang paling terkenal di dunia. Setiap hari, rakan Pfizer bertungkus-lumus merentas pasaran mantap dan baharu untuk meningkatkan kesejahteraan, pencegahan, rawatan dan ubat yang mencabar penyakit paling digeruni pada masa ini. Selaras dengan tanggungjawab kami sebagai salah satu syarikat biofarmaseutikal inovatif utama dunia, kami bekerjasama dengan penyedia penjagaan kesihatan, kerajaan dan masyarakat tempatan untuk menyokong dan mengembangkan akses ke penjagaan kesihatan yang dipercayai dan mampu dimiliki di seluruh dunia. Selama lebih daripada 150 tahun, Pfizer telah berusaha untuk membuat perubahan kepada semua orang yang bergantung pada kami. Kami menyiarkan maklumat secara berkala yang mungkin penting untuk para pelabur di tapak web kami, www.pfizer.com. Tambahan lagi, untuk mengetahui dengan lebih lanjut, lawati kami di www.pfizer.com dan ikuti kami di Twitter di @Pfizer dan @Pfizer_News, LinkedIn, YouTube dan sukai kami di Facebook di Facebook.com/Pfizer.
 
Kenyataan Masa Hadapan di bawah Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995
 
Sesetengah kenyataan bertulis dan lisan yang kami keluarkan mungkin tergolong sebagai “kenyataan masa hadapan” seperti yang ditakrifkan dalam Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995 (“Akta Pembaharuan”). Kenyataan masa hadapan yang dikenali daripada perkataan dan frasa seperti “kami mengharapkan”, “diharap akan”, “menganggar,” “dianggarkan”, “harapan masa ini”, “kami bersedia untuk”, “sama dengan”, “mengunjurkan”, “unjuran”, “diunjurkan akan”, “menjangka”, “dijangkakan”, “kami percaya”, “mungkin” dan frasa lain yang serupa. Semua kenyataan tentang prestasi operasi, acara, atau perkembangan yang kami harapkan atau jangkakan akan berlaku pada masa hadapan, termasuk kenyataan berkaitan pertumbuhan hasil, perolehan, pertumbuhan perolehan per hasil, atau unjuran serupa adalah kenyataan masa hadapan dalam maksud Akta Pembaharuan. Frasa tersebut adalah untuk masa hadapan dan seharusnya dinilai dengan mempertimbangkan faktor risiko penting yang mampu menyebabkan hasil sebenar menjadi jauh berbeza daripada hasil yang dijangkakan. Maklumat yang diberikan dalam dokumen ini adalah berdasarkan fakta dan keadaan yang diketahui pada masa ini. Kami tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini sebarang kenyataan masa hadapan selepas tarikh keluaran ini
 
HUBUNGAN PELABUR

Harold Paul
hpaul@tomimist.com

Sumber: TOMI Environmental Solutions, Inc.
 
--BERNAMA

No comments:

Post a Comment