Wednesday, April 3, 2019

TACONIC BIOSCIENCES MELESENKAN MIKROBIOM PERUT TIKUS LIAR DARIPADA INSTITUT DIABETES DAN PENYAKIT PENCERNAAN DAN BUAH PINGGANG NEGARA

RENSSELAER, N.Y., 3 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Taconic Biosciences, peneraju global dalam membekalkan penyelesaian model roden kejuruteraan genetik, mengumumkan bahawa ia telah memperoleh lesen untuk mikrobiom perut Tikus Liar daripada Institut Diabetes dan Penyakit Pencernaan dan Buah Pinggang Negara (NIDDK), sebahagian daripada Institusi Kesihatan Negara (NIH). 

Penyiasat di NIDDK mengkaji mikrobiota perut tikus liar, mendapati ia berbeza secara dramatik dengan tikus makmal. Tikus bebas kuman Taconic digunakan dalam kajian tersebut, yang ditampilkan dalam jurnal Cell (https://www.cell.com/cell/fulltext/S0092-8674(17)31065-6). Untuk penggunaan penyelidikan, mikrobiota perut Tikus Liar boleh disimpan untuk kegunaan akan datang dan/atau dikekalkan dalam koloni pembiakan tikus makmal untuk tujuan penyelidikan serta-merta. Apabila dipindahkan kepada tikus makmal, mikrobiota ini menguatkan kecergasan tikus, seperti yang dapat dilihat dalam peningkatan ketahanannya terhadap jangkitan kuman dan model tumorigenesis. Taconic melesenkan mikrobiota perut Tikus Liar daripada NIDDK sebagai tambahan kepada portfolio penyelesaian mikrobiom sedia ada, yang juga termasuk tikus bebas kuman dan persatuan mikrobiota tersuai. Peranan mikrobiom ini dalam penyelidikan penemuan ubat-ubatan adalah untuk memahami impak pelbagai mikrobiom pada keberkesanan terapeutik yang berpotensi dan juga untuk mengenal pasti sasaran ubat-ubatan baru. Dengan mempunyai piawai mikrobiom yang tertakrif menerusi mikrobiom perut Tikus Liar NIDDK, pelanggan kini mempunyai asas perbandingan untuk memahami mikrobiom untuk model penyelidikan mereka dengan lebih baik.

“Seperti yang ditunjukkan dalam kajian oleh Rosshart et al., mamalia telah berevolusi bersama dengan mikrob perut dan ini membangkitkan kesan yang meningkatkan kesihatan. Model mikrobiota perut Tikus Liar akan membolehkan penyelidik mengenal pasti hubungan mikrob hos baru dan juga potensi untuk menentukan mekanisme perlindungan penyakit baru,” ujar Dr. Alexander Maue, pengarah bersekutu produk dan perkhidmatan mikrobiom Taconic.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang portfolio penyelesaian mikrobiom Taconic, sila hubungi 1-888-TACONIC (888-822-6642) di AS, +45 70 23 04 05 di Eropah, atau e-mel info@taconic.com

Perihal Taconic Biosciences, Inc.
Taconic Biosciences ialah peneraju global dalam model dan perkhidmatan roden kejuruteraan genetik berlesen sepenuhnya Diasaskan pada tahun 1952, Taconic menyediakan penyelesaian haiwan terbaik supaya pelanggan boleh memperoleh, menjana secara tersuai, membiak, memprakondisi, menguji dan mengedar model kajian bernilai di seluruh dunia. Pakar dalam model mencit dan tikus, model mencit kajian kepersisan, serta rekaan model dan perkhidmatan pembiakan bersepadu, Taconic mengendalikan tiga makmal perkhidmatan dan tiga kemudahan pembiakan di A.S. dan Eropah, mengekalkan hubungan pengedar di Asia dan memiliki keupayaan penghantaran global untuk membekalkan model haiwan kepada hampir seluruh dunia.

Kandungan siaran berita ini adalah sepenuhnya di bawah tanggungjawab pengarang dan tidak semestinya mewakili pendapat rasmi atau menyatakan endorsmen daripada Institusi Kesihatan Negara.

Hubungan Media:
Kelly Owen Grover
Pengarah Komunikasi Pemasaran
(518) 697-3824
kelly.grover@taconic.com

SUMBER : Taconic Biosciences

No comments:

Post a Comment