Friday, April 12, 2019

SENSOR VISI BAHARU MENYASARKAN KETAHANAN RALAT, PENGECAMAN DAN APLIKASI BIMBINGAN ROBOTIK

BOA Spot XL Teledyne DALSA memberikan prestasi dan keupayaan untuk menyaingi sebarang produk dalam kelasnya


BILLERICA, Mass., 12 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Teledyne DALSA, sebuah syarikat Teledyne Technologies [NYE:TDY] dan peneraju global dalam teknologi visi mesin hari ini mengumumkan sensor visi BOA™ Spot XL berkos rendah baharu untuk automasi dan pemeriksaan industri.

Direka untuk tahan ralat, pengecaman, pemeriksaan umum dan bimbingan robot, sensor visi BOA Spot XL memberikan prestasi dan keupayaan yang menyaingi sebarang produk dalam kelasnya. BOA Spot XL semua-dalam-satu mempunyai pencahayaan LED bersepadu, penutup lensa dan perisian aplikasi mudah digunakan, yang menyediakan keupayaan bernilai tinggi pada kos pemilikan yang rendah. Alat visi dibenamkan aktif yang disertakan termasuklah penentu kedudukan, pencarian bahagian, pemadanan corak, pengukuran, pengesanan dan pengecaman ciri atau kecacatan, termasuk pembacaan abjad automatik (OCR) berdasarkan rangkaian inferens AI (kecerdasan buatan) yang dilatih terlebih dahulu. Ciri tambahan termasuk prapemproses imej meluas dan penentukuran canggih untuk pembetulan imej dan pemetaan koordinat sistem.

“Sensor visi BOA Spot XL memberikan prestasi dan keupayaan sistem visi pintar yang sofistikated,” komen Steve Geraghty, Pengurus Am Penyelesaian Pengimejan Industri Teledyne DALSA AS. “Model BOA Spot terkini ini menawarkan keluwesan alat dan integrasi untuk pelbagai jenis aplikasi automasi dan pemeriksaan.”

Pemeriksaan menggunakan Sensor visi BOA Spot XL boleh dicetuskan oleh bahagian yang bergerak atau daripada PLC setelah dialihkan ke kedudukan pegun. Protokol yang serasi, seperti Ethernet/IP dan PROFINET menyediakan bahasa standard untuk berkomunikasi dengan kelengkapan pihak ketiga atau perusahaan kilang.

Pilihan lekapan melalui lubang dan permukaan serta faktor bentuk nipis membolehkan automasi dan pembangun sistem meletakkan BOA Spot XL di tempat yang sempit.

Butiran & Ketersediaan Kamera

BOA Spot XL tersedia serta-merta. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, termasuk spesifikasi produk dan butiran tempahan, lawati halaman BOA Spot XL di laman web Teledyne DALSA atau hubungi wakil jualan rantau Teledyne DALSA anda. Untuk imej kamera yang boleh dimuat turun, sila lawati kit media dalam talian Teledyne DALSA.

Teledyne DALSA ialah sebahagian daripada kumpulan Teledyne Imaging dan peneraju dunia dalam rekaan, pengilangan dan penyediaan komponen pengimejan digital untuk pasaran visi mesin. Sensor imej, kamera, kamera pintar, penangkap bingkai, perisian dan penyelesaian visi Teledyne DALSA digunakan dalam ribuan sistem pemeriksaan automatik di seluruh dunia dalam pelbagai industri termasuk semikonduktor, sel suria, paparan panel rata, barangan elektronik, automotif, perubatan, pembungkusan dan pengilangan umum. Untuk maklumat lanjut, lawati www.teledynedalsa.com/mv.

Teledyne Imaging ialah sekumpulan syarikat termaju yang bernaung di bawah jenama Teledyne. Teledyne Imaging membentuk kumpulan pakar merentas spektrum dengan pengalaman beberapa dekad lamanya. Setiap syarikat menawarkan penyelesaian yang terbaik dalam bidangnya. Secara berkumpulan, syarikat-syarikat ini menggabungkan dan menggunakan kekuatan satu sama lain untuk menyediakan portfolio teknologi pengimejan dan berkaitan yang paling meluas dan mendalam di dunia. Daripada penyelesaian aeroangkasa hingga pemeriksaan industri, kajian saintifik, spektroskopi, radiografi dan radioterapi, pensurveian geospatial, MEMS dan semikonduktor canggih, Teledyne Imaging menawarkan sokongan pelanggan di seluruh dunia dan kepakaran teknikal untuk menjalankan tugas yang sukar. Alat, teknologi dan penyelesaian visi mereka dibina untuk memberikan kelebihan yang unik dan berdaya saing kepada pelanggan.

Semua tanda dagangan didaftarkan oleh syarikat masing-masing.
Teledyne DALSA berhak membuat perubahan pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan.

Hubungan Media:
Geralyn Miller
Teledyne DALSA
Tel: +1-519-886-6001 x2187
geralyn.miller@teledynedalsa.com

Hubungan Jualan:
Sales.americas@teledynedalsa.com
Sales.europe@teledynedalsa.com
Sales.asia@teledynedalsa.com 

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/7b8edb76-22d8-4d8b-a508-986ae5d97eb7

SUMBER : Teledyne DALSA

No comments:

Post a Comment