Wednesday, April 3, 2019

TOSHIBA LANCAR IC PRAPEMACU KAWALAN TANPA SENSOR UNTUK AUTOMOTIF MOTOR BLDC

TOKYO, 28 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation  (“Toshiba”) hari ini mengumumkan pelancaran sebuah IC prapemacu kawalan tanpa sensor "TB9062FNG" untuk motor DC tanpa berus (motor BLDC) yang digunakan di dalam aplikasi automotif, termasuk pam elektrik. Sampel boleh didapati sekarang, dengan pengeluaran secara besar-besaran dijadualkan pada Disember tahun ini.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:  https://www.businesswire.com/news/home/20190327005872/en/


Prapemacu baharu itu boleh mengawal motor BLDC dengan hanya input[1] modulasi lebar denyut (PWM), tanpa memerlukan MCU berprestasi tinggi dan perisian.

TB9062FNG mempunyai sebuah fungsi penjanaan tugas automatik yang menyesuaikan output kitaran tugas PWM untuk menyesuaikan dengan voltan bateri (VBAT) pada permulaan, dan sebuah fungsi mengubah kelajuan lembut yang menghalang pegun dengan menekan perubahan mendadak di dalam output tugas PWM. Fungsi-fungsi ini, yang tidak ada pada produk Toshiba yang terdahulu, menyumbang kepada kawalan motor yang stabil.

TB9062FNG tidak memerlukan sebarang pembangunan perisian kerana ia dikawal oleh sebuah litar logik kabel keras. Pengesanan lebihan voltan VBAT,  pengesanan voltan rendah VBAT, perlindungan lebihan arus, dan litar penutupan haba juga dilaksanakan. Julat suhu operasi adalah -40°C hingga 125°C, sangat sesuai untuk aplikasi automotif.

Ciri-ciri Utama

-Kawalan motor dipermudahkan dengan litar logik berwayar keras.
Menghapuskan keperluan untuk pembangunan perisian dan mengikat kawalan motor hanya dengan input PWM.

-Kawalan tugas PWM automatik semasa permulaan
Putaran motor stabil pada permulaan dijamin dengan menyesuaikan tugas PWM dengan VBAT.

-Kawalan perubahan kelajuan lembut automatik
Menghalang pegun dengan menekan perubahan mendadak bagi output kitaran tugas PWM.

-Beberapa fungsi pengesanan keabnormalan dengan penanda output.
Pengesanan lebihan voltan VBAT,  pengesanan voltan rendah VBAT,  litar penutupan haba, dan pembatasan arus

Aplikasi Utama

Pam elektrik automotif: pam air, pam minyak dan pam bahan api; kipas elektrik automotif


Table


Nota:
[1] PWM: Modulasi Lebar Denyut. Satu kaedah kawalan kuasa berasaskan semikonduktor. Kuasa output dikawal oleh suis PASANG/TUTUP yang berulang.

* Nama syarikat, nama produk, dan nama perkhidmatan adalah merupakan tanpa perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.

Untuk maklumat lanjut mengenai IC pemacu motor automotif Toshiba, sila layari:
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/automotive/motordriver.html

Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Pemasaran Sistem LSI III
Tel: +81-44-548-2190
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak menjadi sebuah syarikat persendirian pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti am yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.

Seramai 22,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan untuk menggalakkan penciptaan bersama bagi nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi 800 bilion yen (AS$7 bilion) dan untuk menyumbang kepada sebuah masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua. Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/company.html
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190327005872/en/


Hubungi

Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Jabatan Pemasaran Digital
Chiaki Nagasawa
Tel: +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber: Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

No comments:

Post a Comment