Tuesday, April 2, 2019

HARVES ENTERTAINMENT DAN FALCON'S CREATIVE GROUP MENJALIN KERJASAMA UNTUK MENGHASILKAN HIBURAN BERASASKAN PENGALAMAN GLOBAL GENERASI SETERUSNYA

Kerjasama Mencipta Perkhidmatan Bersepadu Komprehensif

ORLANDO, Fla., 1 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --
 Harves Entertainment dan Falcon’s Creative Group mengumumkan perjanjian strategik baharu yang mencipta pakej lengkap perkhidmatan bersepadu – termasuk pembangunan konsep, pembiayaan, pelaksanaan kreatif, pembangunan hartanah, pembinaan dan pengendalian – untuk menggerakkan peluang baharu dalam reka bentuk dan realisasi pengalaman hiburan global generasi seterusnya.

Harves Entertainment ialah divisyen Harves, syarikat hartanah dan pelaburan utama China dengan perkhidmatan pengendalian dan hiburan. Pada Januari, Harves mengumumkan kerjasama eksklusif dengan Manchester United untuk membawakan pusat hiburan bertema yang mengasyikkan ke China. Pusat pertama dijadualkan untuk dibuka pada 2020 di Beijing dan Shanghai.

Falcon’s Creative Group, yang terletak di Orlando, Florida, mereka bentuk dan menghasilkan pengalaman yang mengasyikkan dan tarikan taman tema yang memberi penekanan terhadap penceritaan dan aplikasi teknologi inovatif. Syarikat telah memenangi berbilang anugerah industri untuk hasil kerjanya di seluruh dunia, mempunyai beberapa paten teknologi dan baru-baru ini telah mengumumkan atau melengkapkan projek dengan NASA, National Geographic dan PBS.

Perjanjian antara Harves Entertainment dan Falcon’s Creative Group mencipta portfolio perkhidmatan lengkap dan berkuasa yang mampu memenuhi permintaan pasaran global yang semakin meningkat untuk pengalaman mengasyikkan bagi jenama dan pendidikan dengan unik dan efisien. Bersama-sama, pasukan tersebut akan mampu membiayai inisiatif, mengkonsepsikan idea baharu, membangunkan teknologi dan membina serta mengendalikan pengalaman silang budaya inovatif di seluruh dunia secara efisien.

“Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan penjana daya kreatif ini,” kata Bo Zhang, Pengasas dan Pengerusi, Harves Entertainment. “Kami menghormati dan menyanjungi bakat di Falcon’s dan kerja inovatif yang mereka berikan secara berterusan dalam projek di seluruh dunia. Kami yakin bahawa bersama-sama, kami mampu mencipta dan merealisasikan tarikan hiburan dan pendidikan berasaskan pengalaman generasi seterusnya.”

“Kami bekerjasama dengan Harves Entertainment untuk merealisasikan lebih banyak konsep yang mendalam,” kata Cecil D. Magpuri, Presiden/Ketua Pegawai Kreatif Falcon’s Creative Group. “Terdapat permintaan yang banyak untuk pengalaman hiburan yang mengasyikkan merentas spektrum dan kami mahu mencipta tarikan silang budaya imaginatif dan transformatif dimensi seterusnya bersama-sama.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12021

No comments:

Post a Comment