Tuesday, April 2, 2019

Olimpik Tokyo semakin hampir, Wilayah Chiba guna Facebook papar tarikan tempatan

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Wilayah Chiba menggunakan laman Facebook, ‘Chiba-no Miryoku Hasshintai’, untuk berkongsi keindahannya ke seluruh dunia menjelang kedatangan temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020.

Setakat ini, laman berkenaan yang dibuka September lepas, menerima kira-kira 600 mesej daripada mereka yang menyukai Chiba, yang turut memperkenalkan keindahan wilayah itu termasuk keunikan makanannya serta keramahan penduduknya.

Menurut kerajaan Wilayah Chiba dalam satu kenyataan, pemenang dipilih daripada mereka yang mencatatkan mesej di laman itu berdasarkan jumlah disukai dan perkongsian yang diperoleh serta pemilihan oleh pakar termasuk seorang blogger terkenal.

Forum Chiba-no Miryoku Hasshintai diadakan di Muzium Seni Wilayah Chiba baru-baru ini dan para pemenang dan mesej mereka yang mendapat sambutan yang baik telah diperkenalkan.

Menurut kenyataan itu, kerajaan wilayah berkenaan berharap lebih ramai lagi akan dapat menikmati keindahan Chiba, wilayah di mana letaknya Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, pintu masuk ke Jepun, melalui laman Facebook tersebut.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment