Wednesday, April 3, 2019

AJC MENGENDALIKAN PROGRAM LATIHAN INTERPRETASI UNTUK PENGURUSAN PELANCONGAN MAPAN DI TAPAK WARISAN DUNIA UNESCO LUANG PRABANG, REPUBLIK DEMOKRATIK RAKYAT LAOS

TOKYO, 27 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pusat ASEAN-Jepun (AJC) telah mengadakan satu “Program Latihan Lanjutan mengenai Interpretasi” dari 27 Februari hingga 1 Mac, 2019 di Luang Prabang, Republik Demokratik Rakyat Laos, bersama dengan Jabatan Penerangan, Kebudayaan dan Pelancongan, Wilayah Luang Prabang dan GIZ (Deutsche Gesellschaft fuer Internationale Zusammenarbeit) *. Program ini merupakan satu aktiviti lanjutan bagi program latihan mengenai interpretasi di Jepun, yang telah dijalankan pada November 2018, di Tokyo dan Shizuoka, dengan penyertaan oleh pengurus-pengurus tapak bagi taman negara/tapak warisan semula jadi dan pegawai-pegawai dari pejabat pengurusan pelancongan dan sumber asli kebangsaan dari lapan buah Negara Anggota ASEAN.
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190326006039/en/


Interpretasi adalah satu kemahiran berkomunikasi untuk membantu pelawat memahami dan menghargai nilai sumber pelancongan di kawasan yang dilawati. Pemahaman yang lebih baik mengenai nilai itu akan membawa kepada pemuliharaan sumber pelancongan dan pengurusan pelancongan yang mapan. AJC telah menganjurkan program-program untuk menyebarkan keperluan bagi Interpretasi di tapak-tapak warisan utama di Negara-Negara Anggota ASEAN, agar dapat mencapai pelancongan yang mapan di rantau itu dengan menggunakan sumber-sumber pelancongan mereka yang berharga.

Sepuluh peserta dari Negara-Negara Anggota ASEAN yang menyertai latihan itu di Jepun pada November lalu telah memperdalamkan lagi pemahaman mereka tentang bagaimana untuk menggunakan kaedah interpretasi bagi meningkatkan perkhidmatan pelancongan/pengurusan bagi tapak warisan di negara masing-masing. Program latihan itu termasuk lawatan tapak ke bandar raya Warisan Dunia UNESCO Luang Prabang, sebuah seminar, dan bengkel latihan yang dipermudah cara oleh seorang pakar dari Jepun.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11997

No comments:

Post a Comment