Thursday, April 25, 2019

AmInvest raih anugerah Pengurus Dana Pendapatan Tetap Domestik Terbaik

KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- AmInvest meraih anugerah Pengurus Dana Pendapatan Tetap Domestik Terbaik 2018 pada majlis Anugerah Tahunan Pengurus Dana Luaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 2019 baru-baru ini.

Anugerah itu mengiktiraf prestasi cemerlang pengurus dana luaran dalam menguruskan portfolio pelaburan KWSP.

"Pandangan jauh pasukan kami dan keupayaan untuk menggunakan strategi pelaburan defensif, ditambah dengan proses pelaburan yang mantap, telah memainkan peranan penting dalam membantu mengurangkan impak ke atas portfolio pelaburan semasa keadaan pasaran yang tidak menentu pada 2018,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Goh Wee Peng dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehingga Mac 2019, jumlah nilai Aset Di bawah Pengurusan AmInvest berada di paras tertingginya kira-kira RM40.5 bilion, di mana 82 peratus daripadanya terdiri daripada pelaburan pendapatan tetap.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment