Thursday, April 25, 2019

Kjaan Metropolitan Tokyo lantik wakil Malaysia untuk promosi kembara liburan

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Kerajaan Metropolitan Tokyo telah membentuk ‘Wakil Pelancongan Tokyo’ di Malaysia bagi mempromosi Tokyo, sebagai destinasi utama kembara liburan.
Sebagai Wakil Pelancongan Tokyo pertama di Asia Tenggara, FLP YOMIKO Malaysia Sdn Bhd telah dilantik sebagai wakil Malaysia yang akan turut mengendalikan Thailand dan Singapura.

Wakil itu akan membekalkan maklumat media terbaru dan aktiviti jualan di Tokyo kepada media dan agensi pelancongan tempatan, dan menarik minat daripada kalangan warga termpatan, media dan operator pelancongan. 
Tokyo Convention & Visitors Bureau dalam satu kenyataan berkata kerajaan telah juga membentuk wakil-wakil di Eropah, Amerika dan Australia.
Kerajaan Metropolitan Tokyo dan biro itu akan menggunakan rangkaian tempatan dan pengetahuan yang diterima oleh wakil-wakil berkenaan untuk memberi sumbangan dalam mempromosi pelancongan Tokyo, bertujuan meningkatkan jumlah pelancong.
-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment