Wednesday, August 28, 2024

PROGRAM MICROSOFT AI TEACH DIPERLUASKAN KE PERAK





PERAK, 27 Ogos (Bernama) --
 Satu penganjuran program MCMC Microsoft AI TEACH iaitu pembangunan kapasiti AI kepada warga Perak oleh MCMC dengan kerjasama Digital Perak Corporation Holdings (DPCH) telah diadakan baru-baru ini.

Program latihan selama dua hari ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri Perak, YB Azlan Helmi bin Helmi.
 
Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) memberi banyak manfaat kepada kehidupan rakyat. Teknologi AI, bukan sahaja boleh mengurangkan beban kerja seperti kemasukan data, pengurusan dan penyimpanan rekod bahkan juga menjimatkan masa untuk menguruskan sesuatu operasi.
 
Matlamat program berkenaan adalah untuk memperkasakan peluang kerjaya bagi warga Perak menerusi pemantapan serta pensijilan dalam satu daripada kemahiran teknologi digital Revolusi Industri 4.0, iaitu Kecerdasan Buatan (AI).
 
Para peserta turut akan menerima sijil penyertaan dan sokongan penempatan pekerjaan dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) selepas tamat latihan dan ini seterusnya memperkukuhkan kemasukan mereka ke dalam ekonomi digital.
 
#MCMC
#MicrosoftAITEACH
              
SUMBER: Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia
 
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC)
Tel: 03 86 88 80 00
Faks: 03 86 88 10 00
E-mel : scd@mcmc.gov.my
Laman Web : www.mcmc.gov.my  
         

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment