Tuesday, August 27, 2024

TINJAUAN PENGOPERASIAN MENARA JENDELA DI KAMPUNG MATANOI, KENINGAU, SABAH




CYBERJAYA, 26 Ogos (Bernama) -- 
Jika penduduk Kampung Matanoi, Keningau, Sabah sebelum ini terpaksa berhadapan dengan masalah komunikasi yang menyukarkan urusan seharian, kini dengan siapnya menara komunikasi di kampung berkenaan, kehidupan mereka telah berubah dan jauh lebih baik.

 
Dibina di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) dan mula beroperasi sejak Ogos 2024 yang lalu, penduduk kini bukan sahaja berupaya untuk mendapatkan maklumat terkini bahkan juga melaksanakan urusan seharian dengan lebih lancar. Pembinaan menara berkenaan secara tidak langsung meningkatkan mobiliti penduduk. Kegembiraan jelas terpancar pada wajah mereka.
 
MCMC sentiasa komited untuk memastikan capaian Internet yang berkualiti demi kemaslahatan penduduk.
 
#MCMC
              
SUMBER: Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia
 
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC)
Tel: 03 86 88 80 00
Faks: 03 86 88 10 00
E-mel : scd@mcmc.gov.my
Laman Web : www.mcmc.gov.my   

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment