Wednesday, September 23, 2015

Ge Huayong, Pengerusi China UnionPay: Perkhidmatan Pembayaran Mudah Membantu Untuk Memacukan Transformasi Dan Pembangunan Industri Pelancongan

SHANGHAI, China, 21 Sept (Bernama) -- Sebagai sebuah rangkaian kad bank yang pesat berkembang, UnionPay akan terus mengukuhkan kerjasama merentas sektor dengan rakan-rakan di kedua-dua industri pelancongan dalam negeri dan luar negara, seterusnya meningkatkan lagi perkhidmatan pembayaran bagi pelancong. Setelah merealisasikan matlamat mereka untuk "sentiasa bersedia di mana sahaja pelancong China pergi", UnionPay akan berusaha untuk menawarkan perkhidmatan kepada pengguna global supaya mereka boleh menggunakan kad UnionPay di mana sahaja mereka pergi.

Pergerakan baharu UnionPay ini didedahkan oleh Ge Huayong, Pengerusi China UnionPay, pada Perhimpunan Agung UNWTO ke-21 di Columbia. Pada masa ini, kad UnionPay boleh digunakan di lebih 150 buah negara dan wilayah, yang meliputi 26 juta peniaga dan 1.9 juta Mesin Teler Automatik atau ATM. Bilangan kad UnionPay yang dikeluarkan di luar negara telah melebihi 46 juta, yang bermakna bahawa lebih ramai pengguna dunia boleh menikmati perkhidmatan pembayaran yang mudah dan istimewa yang ditawarkan oleh UnionPay apabila keluar melancong.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8312

No comments:

Post a Comment