Thursday, September 17, 2015

P&G UMUM MATLAMAT BAHARU UNTUK MENGURANGKAN PELEPASAN GAS RUMAH HIJAU SEBANYAK 30%

CINCINNATI, 17 Sept (Bernama) -- Procter & Gamble (P&G) hari ini mengumumkan satu matlamat baharu untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau secara mutlak sebanyak 30% daripada kilang-kilang mereka pada tahun 2020. Matlamat itu telah dibangunkan dengan kerjasama Tabung Hidupan Liar Sedunia  (WWF). Matlamat baharu ini adalah berasaskan kepada sains terbaik yang ada dan merupakan satu langkah penting ke hadapan dalam usaha berterusan Syarikat itu untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau yang memberi kesan kepada perubahan iklim.

Di samping itu, Syarikat itu menyertai Program Penyelamat Iklim, satu program yang ditaja oleh WWF untuk membolehkan syarikat-syarikat kepimpinan menjalin kerjasama dan mempercepatkan usaha mereka untuk menangani perubahan iklim.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8293

No comments:

Post a Comment