Thursday, September 10, 2015

Western Union Menggerakkan Pelanggan, Pekerja, Agen, Rakan Perniagaan Dan Yayasan Western Union Untuk Memberi Respons Kepada Krisis Pelarian EU

ENGLEWOOD, Colo., Sept 10 (Bernama) -- Syarikat Western Union dan Yayasan Western Union hari ini berikrar untuk mendermakan sekurang-kurangnya satu juta dolar USD untuk sokongan pantas dan berkesan bagi keluarga dan komuniti yang paling teruk terjejas oleh krisis pelarian di Eropah. Syarikat itu sedang menggerakkan tindakan balas yang pelbagai bagi memanfaatkan rangkaian pekerja mereka di seluruh dunia dan penyambung perniagaan Go-to-Market, Western Union Retail Agent dan pelanggan, pelanggan Western Union Business Solution serta vendor-vendor syarikat.

Yayasan Western Union akan menyokong beberapa pertubuhan tindak balas bencana, termasuk rakan-rakan NGO Global dan pertubuhan tindak balas tempatan. Geran berjumlah AS$200,000 telah pun dijanjikan untuk diagihkan antara lain kepada Save the Children, Pertubuhan Kebangsaan Palang Merah di Eropah, Mercy Corps dan Caritas.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8274

No comments:

Post a Comment