SHANGHAI, 23 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Lux Review, sebuah media bebas yang membuat liputan
mengenai lampu yang cekap tenaga, baru-baru ini melancarkan Senarai Panas
Global Lux Review bagi Syarikat-syarikat Lampu 2015. Sebagai satu daripada
syarikat lampu yang terbesar di China, OPPLE Lighting memasukkan senarai panas
itu oleh kerana pencapaian mereka yang luar biasa dalam pasaran lampu global.
Lux Review menekankan model perniagaan baharu OPPLE dan menegaskan bahawa
sebagai satu jenama yang paling besar untuk muncul daripada revolusi LED China
pada era 2000-an, OPPLE Lighting telah memulakan satu dorongan global yang
memenangi bahagian pasaran daripada nama-nama yang telah lama wujud. Ini adalah
satu peristiwa penting dalam sejarah jenama OPPLE dan akan memastikan syarikat
itu menyediakan lebih banyak produk lampu yang bertaraf profesional dan tepat.
No comments:
Post a Comment