Pembekal OTT itu membolehkan penstriman secara
langsung untuk kejohanan T20 melalui aplikasi mereka pada pelbagai peranti
Internet yang aktif
ATLANTA, 12
Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- YuppTV, pembekal Over-The-Top (OTT) terbesar di
dunia bagi kandungan Asia Selatan, sangat gembira untuk mengumumkan bahawa ia
telah mendapat hak media digital untuk Piala Asia T20, 2016 yang akan diadakan
pada 24 Februari hingga 6 Mac 2016. Walaupun YuppTV telah mendapat hak
eksklusif untuk penstriman Piala Asia 2016 secara langsung di Amerika Syarikat,
Kanada, United Kingdom, Eropah, Australia, New Zealand dan Malaysia, peminat
kriket di Singapura akan juga dapat menonton kejohanan itu melalui aplikasi YuppTV
pada pelbagai peranti Internet seperti TV Pintar, perakam Blu-ray Pintar, alat
penstriman media, komputer riba, konsol permainan, telefon pintar dan tablet.
Piala Asia 2016 dijadual berlangsung di Dhaka, Bangladesh dengan pasukan T20
India bertemu pasukan negara tuan rumah pada hari pembukaan. Perlawanan yang
sangat dinanti-nantikan antara India dan Pakistan dijadual diadakan pada 27
Februari, manakala India menghadapi juara bertahan Sri Lanka pada 1 Mac.
No comments:
Post a Comment