SYDNEY, 12 Feb (Bernama) -- Regent Seven Seas Cruises menawarkan
penjimatan ulang tahun yang luar biasa sehingga 25% untuk 25 pilihan
pelayaran merentasi keseluruhan jadual perjalanan di seluruh
Mediterranean, Ibu Negara Baltik, Eropah Klasik dan seterusnya untuk
meraikan 25 tahun berada di barisan hadapan dalam sektor pelayaran
mewah.
Regent Seven Seas Cruises adalah pemimpin dalam pelayaran ultra mewah
yang menyeluruh - dengan menampilkan perkhidmatan yang bersifat sangat
peribadi; penginapan suite keseluruhannya; makanan percuma, wain dan
alkohol; sebuah kasino gaya Monte Carlo yang eksklusif di atas kapal
yang menawarkan blackjack, rolet dan poker; lawatan ke pantai tanpa had
secara percuma di setiap destinasi; pelbagai hiburan yang luar biasa dan
banyak lagi.
http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1214910
No comments:
Post a Comment