Wednesday, April 11, 2018

STERLING AND WILSON MERANCANG PROJEK PV SOLAR 300 MW DI VIETNAM

DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 10 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sterling and Wilson, satu daripada syarikat EPC Solar yang terkemuka di dunia, sedang merancang untuk membina loji-loji PV Solar 300 MW di Vietnam menjelang Jun 2019. Projek-projek ini akan dibina untuk pemaju-pemaju terkemuka di Vietnam yang mana syarikat itu sedang mengadakan perundingan lanjut, dan akan menarik pelaburan sebanyak USD 250 juta. Setelah dibina, projek-projek ini akan menghasilkan 270 juta unit setiap tahun dan dengan itu mengurangkan pelepasan CO2 sebanyak 250000 tan setahun. Sterling and Wilson akan mengambil bakat-bakat tempatan untuk membina dan menyelenggara projek-projek solar, dan dengan itu menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi. Ia mempunyai rancangan untuk menjana pekerjaan bagi hampir 600 hingga 700 orang semasa pembinaan dan 50 orang semasa fasa penyenggaraan bagi tempoh 20 tahun.

Sterling and Wilson telahpun membuat kehadiran yang luar biasa di Asia Tenggara dengan lebih daripada 50 MWp loji PV solar yang berjaya beroperasi di Filipina yang menjanakan hampir 30,000 rumah pada hari ini, dan satu lagi projek 60 MWp yang sedang menunggu fasa pentauliahan di Bangladesh.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11015

No comments:

Post a Comment