Wednesday, April 25, 2018

YPO MENGALU-ALUKAN PENAJA MINGGU INOVASI YPO 2018

DALLAS, 25 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- YPO, organisasi kepimpinan utama ketua eksekutif terulung di dunia mengumumkan pada hari ini bahawa Techstars telah turut serta sebagai penaja emas manakala Geniecast, Emplify dan Telluride ialah penaja perak Minggu Inovasi YPO 2018.

Penaja Minggu Inovasi YPO menawarkan maklumat bernilai, hubungan penting dan kepakaran yang disegani, yang memacu inisiatif inovasi terbesar dan berimpak ini.

“Minggu Inovasi YPO menyatukan tokoh paling inovatif dan unik dari seluruh dunia,” kata CEO YPO, Scott Mordell. “Kami gembira menjalin kerjasama dengan organisasi dan syarikat berprestij serta berpandangan jauh untuk membantu meningkatkan pengalaman minggu ini untuk ahli kami dan membawa inovasi ke tahap yang lebih tinggi.”

Sepanjang minggu 7-11 Mei 2018, YPO akan mengehoskan acara inovasi yang merentas seluruh dunia dari Sydney, Australia ke London, England; Santo Domingo, Republik Dominican ke Palo Alto, California, USA dan Nairobi, Kenya, serta banyak lagi.

Misi Minggu Inovasi YPO adalah untuk memacu inovasi dan transformasi merentasi pelbagai jenis industri dan sektor yang pelbagai menerusi acara pengenalan, siaran video interaktif secara langsung dan acara strim secara langsung merentasi lebih daripada 30 negara. Pemimpin perniagaan dan ahli fikir perintis akan berinteraksi dalam forum selama seminggu, membincangkan inovasi paling penting yang mempengaruhi perniagaan hari ini, termasuk realiti imbuhan dan maya, pengimejan digital, boleh pakai, rumah pintar, sensor dan banyak lagi.

“Kami mengalu-alukan rakan kongsi berprestij ini dan penyertaan mereka dalam Minggu Inovasi YPO 2018,”ujar Pengerusi Minggu Inovasi YPO, Keith Alper. Melalui Dengan sumbangan mereka, kami mampu mengubah pemikiran konvensional dan mendorong tokoh perniagaan untuk memacu masa hadapan.”

Penaja Emas
Techstars akan menampilkan Pengasas Techstars yang akan menyampaikan ucapan di beberapa acara Minggu Inovasi YPO, termasuk Sidang Kemuncak FinTech Global, Sidang Kemuncak Teknologi Dunia dan acara Penutupan NYSE.

Penaja Perak
Geniecast akan mengehoskan acara digital pada sepanjang Minggu Inovasi YPO melalui siaran video dua hala.

CEO Emplify, Santiago Jaramillo yang merupakan ahli YPO akan menyampaikan pembentangan tentang masa depan pekerjaan di Sidang Kemuncak Silicon Valley dan Sidang Kemuncak Teknologi Dunia.

Telluride akan mengehoskan ruang realiti maya di Sidang Kemuncak Silicon Valley dan menyampaikan pakej hadiah eksklusif untuk finalis Anugerah Inovasi Global YPO.

Perihal YPO

Organisasi kepimpinan ketua eksekutif terulung di dunia.

YPO ialah platform global untuk ketua eksekutif berjumpa, belajar dan memajukan diri. Ahli YPO memanfaatkan pengetahuan, pengaruh dan kepercayaan pemimpin perniagaan paling berpengaruh dan inovatif dunia untuk memberi inspirasi kepada perniagaan, peribadi, keluarga dan masyarakat.

Hari ini, YPO mendayakan lebih daripada 25,000 ahli di lebih daripada 130 negara dalam pelbagai industri dan jenis perniagaan. Keseluruhannya, syarikat dengan ahli YPO mempunyai lebih daripada 16 juta pekerja dan menjana USD6 trilion hasil tahunan.

Kepimpinan. Pembelajaran. Sepanjang Hayat. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati YPO.org.

Perihal Techstars
Techstars ialah rangkaian global yang membantu usahawan untuk berjaya. Pengasas Techstars menjalin hubungan dengan usahawan, ahli pakar, mentor, alumni, pelabur, tokoh komuniti dan korporat lain untuk mengembangkan syarikat mereka. Techstars mengendalikan empat bahagian: Program Permulaan Techstars, Program Pencepat Berdasarkan Mentor Techstars, Perkongsian Inovasi Korporat Techstars dan Dana Modal Usaha Rentan Techstars. Portfolio Techstars termasuklah lebih daripada 1,300 buah syarikat dengan permodalan pasaran berjumlah $12 bilion. www.techstars.com

Perihal Geniecast
Geniecast mentransformasikan cara dunia menghubungkan insan, idea dan inspirasi. Kami ialah kurator, penerbit dan pengedar pasaran dalam talian terbesar di dunia untuk tokoh pemikir, atlet, jurucakap, selebriti, pemudah cara dan banyak lagi – semua tersedia melalui siaran video langsung dua hala. Sertai kami untuk mengilhamkan, memimpin dan berevolusi. Di Geniecast, kami berusaha untuk menyediakan perkhidmatan yang mesra pelanggan dengan pekerja yang hebat dan teknologi canggih, satu transaksi pada satu masa. Daripada sambutan mesra hingga perhatian individu, kami melibatkan diri dengan anda, satu hubungan pada satu masa. Apabila anda tidak menjangkakannya, kami akan membuat kejutan untuk anda, satu pengalaman pada satu masa. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, lawati https://geniecast.com/.

Perihal Emplify
Emplify ialah peneraju industri dalam penyediaan analisis pekerja berdasarkan data dan maklumat yang membolehkan tindakan diambil untuk tokoh perniagaan. Emplify membantu eksekutif menggunakan maklumat pekerja untuk menjadikan tenaga kerja mereka lebih berjaya. Disandarkan kepada kajian berdekad dalam psikologi manusia dan sains neuro, InsightsTM Emplify menggabungkan amalan terbaik penglibatan pekerja dan bimbingan pakar guna tangan dalam satu sistem suap balik yang aktif, ringkas dan lebih berkesan daripada tinjauan pekerja tahunan tradisional dan lebih dipercayai daripada tinjauan cepat moden. Emplify diamanahkan oleh syarikat seperti Ivy Tech Community College, Herff Jones, Harley Davidson, Cheetah Digital, Crew Carwash, Yamaha dan banyak lagi. Ketahui dengan lebih lanjut di emplify.com.

Perihal Telluride
Terletak sejauh 45 minit daripada lampu hentian terdekat di hujung ngarai peti yang indah, Telluride, Colorado merupakan Mercu Tanda Bersejarah Negara yang dikelilingi puncak gunung setinggi 13,000 dan 14,000 kaki di Amerika Syarikat. Terletak di atas Telluride ialah kampung gunung moden yang dihubungkan oleh gondola, satu-satunya di Amerika Utara. Walaupun rupa buminya yang sesuai untuk sukan luncur terkenal di seluruh dunia, resort tersebut lebih dikagumi kerana pengalaman menakjubkan yang boleh diprolehi di sana. Dengan langkah pertama anda di jalan utama bersejarah, anda akan mendapati Telluride menakjubkan dan istimewa sama seperti banjaran Gunung San Juan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati www.tellurideskiresort.com.

Hubungan:
YPO
Linda Fisk
Pejabat: +1 972 629 7305 (Amerika Syarikat)
Telefon bimbit: +1 972 207 4298
press@ypo.org

Sumber : Young Presidents’ Organization, Inc.

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment