Monday, April 16, 2018

TINJAUAN NTT COMMUNICATIONS MENDAPATI 90% DARIPADA SYARIKAT-SYARIKAT ASIA MENGHARAPKAN KEPADA PERKHIDMATAN TERURUS UNTUK MENANGANI CABARAN IT

Risiko keselamatan, kekurangan bakat dan kekurangan kemahiran adalah cabaran utama untuk menguruskan IT secara dalaman, manakala 49% daripada perniagaan menjangkakan akan bergerak ke awan hibrid dalam tempoh 18 bulan

HONG KONG, 12 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NTT Communications Corporation (NTT Com), penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan perniagaan komunikasi antarabangsa di dalam Kumpulan NTT (TOKYO: 9432), telah mengumumkan hasil daripada satu tinjauan baharu berbilang pasaran yang berjudul “Firma-firma Asia Menjalin Perhubungan untuk Mengambil Kesempatan daripada Perkhidmatan Berinovatif bagi Pertumbuhan Masa Hadapan.” "Tinjauan itu meneliti mengapa penyedia perkhidmatan terurus (MSP) dipanggil untuk membantu perniagaan di Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand untuk menyelesaikan pelbagai isu di dalam mengendalikan IT secara dalaman, serta pertimbangan utama bagi CIO untuk mengembangkan pensumberan luar dan projek teknologi mereka yang dirancang dalam tempoh 18 bulan akan datang.

Penyelidikan itu telah ditugaskan untuk memahami dengan lebih baik trend di dalam pasaran perkhidmatan terurus yang paling pesat berkembang di dunia – Asia Pasifik, yang dijangka akan berkembang dari USD 28.03 bilion kepada USD 64.01 bilionimenjelang tahun 2021. Pasaran APAC juga diramalkan akan melihat kadar pertumbuhan tahunan kompaun paling tinggi di dunia (CAGR) pada 18%, mengatasi Amerika Utara dan Eropah, masing-masing pada kadar 7.7% dan 7.2%.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11027

No comments:

Post a Comment