Wednesday, June 13, 2018

KEMENTERIAN PELAJARAN TAIWAN LANCAR INISIATIF PEMBELAJARAN DALAM TALIAN "HUAYU 101"

TAIPEI, Taiwan, 13 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kementerian Pelajaran (MOE) mengumumkan mengenai pelancaran inisiatif pembelajaran dalam talian yang dikenali sebagai "Huayu 101", jenama baharu  bahan pembelajaran Mandarin secara dalam talian, pada akhir Mei di Taipei, Taiwan.

Profesor Chang Yuhsin dari Universiti Taipei, yang membangunkan "Huayu 101", mempunyai pengalaman lebih 20 tahun mengajar Bahasa Mandarin. Untuk menyediakan pengalaman pembelajaran yang lebih mudah, beliau dan  pasukannya mengumpulkan frasa utama yang perlu dipelajari oleh orang ramai sebagai maklumat asas yang penting. Kandungan "Huayu 101" meliputi penginapan, membeli-belah, tempahan makanan, lalu lintas, bantuan kecemasan, dan lain-lain. Ia berguna untuk pelajar asing dan pengembara yang tinggal di Taiwan, dan boleh digunakan di kawasan lain yang penduduknya berbahasa Mandarin.

Untuk menarik dan memberi motivasi kepada golongan muda untuk belajar bahasa Mandarin di Taiwan, MOE bekerjasama dengan Logan D. Beck, seorang youtuber ternama, bagi menghasilkan 2 video mempromosikan pembelajaran Mandarin dan budaya Taiwan. Video pertama, "Dajia Mazu Pilgrimage” mendapat 50,000 tontonan dalam satu malam dan kini mencecah lebih daripada 150,000 hits. Pada sidang akhbar itu, Beck dan Encik Liu, penjual kek nasi yang terkenal, telah menunjukkan penggunaan "Huayu 101" dalam drama pasar malam.

Menyahut respons ke atas permintaan global untuk memperoleh pendidikan bahasa Cina, sektor pendidikan bahasa Cina Taiwan kini berusaha bersungguh-sungguh untuk mengenal pasti syarikat pemasaran luar dan antarabangsa. Ini menjurus kepada perancangan dan pelaksanaan Pelan Promosi Pendidikan Bahasa Cina Lapan Tahun (2013-2020). Menerusi rancangan ini, Pejabat Pendidikan Mandarin Global ditubuhkan untuk mengintegrasikan sumber dan hasil pendidikan bahasa Cina di Taiwan. Untuk mempromosikan pembelajaran Bahasa Mandarin di Taiwan, MOE telah menjemput Kementerian Pelancongan dan Biro Pelancongan Komunikasi dan Pentadbiran Perusahaan Kecil dan Sederhana Kementerian Hal Ehwal Ekonomi untuk menjadi penganjur bersama, dan mengintegrasikan  pelancongan dan sumber pembelajaran China untuk membangunkan jenama model pelancongan baharu, "Mandarin On-the-Go" di Taiwan. Sesiapa yang berminat dalam program di atas, dialu-alukan untuk menyemak maklumat di laman web rasmi. https://ogme.edu.tw/Home/tw)


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11198

No comments:

Post a Comment