Wednesday, June 26, 2024

NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA MENDAHULUI DALAM PENGALAMAN POSITIF

WASHINGTON, 25 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Laporan Emosi Global Gallup 2024 menawarkan gambaran ukuran terkini Gallup mengenai pengalaman harian positif dan negatif orang ramai. Dapatan ini berdasarkan hampir 146,000 temu bual dengan individu dewasa di 142 negara dan kawasan pada tahun 2023.

Indeks Pengalaman Positif dan Negatif Gallup mengukur perkara tidak ketara dalam kehidupan — perasaan dan emosi — yang penunjuk ekonomi tradisional seperti KDNK tidak mempunyai tujuan untuk dirangkumkan.

Pada tahun 2023, beberapa negara Asia Tenggara mengungguli Indeks Pengalaman Positif dan berada pada kedudukan rendah dalam Indeks Pengalaman Negatif. Skor ini menunjukkan betapa meluasnya emosi positif dan negatif di setiap negara.

Negara-negara Asia Tenggara Sekali Lagi Mendahului dalam Pengalaman Positif

Dapatan tahun 2023 mendedahkan bahawa representasi Asia Tenggara dalam Indeks Pengalaman Positif adalah kukuh, dengan beberapa negara melaporkan sebahagian daripada pengalaman positif tertinggi di seluruh dunia. Sementara negara-negara Amerika Latin iaitu Panama dan Paraguay mempunyai skor tertinggi pada peringkat global iaitu 86, Indonesia berada rapat di belakang dengan skor indeks 84, serta Malaysia, Filipina dan Thailand kesemuanya mencatatkan skor 82.

Sembilan daripada 10 individu dewasa di Indonesia (90%) berkata mereka banyak tersenyum atau ketawa sehari sebelum tinjauan diadakan. Di Filipina, 75% individu dewasa mempelajari atau melakukan sesuatu yang menarik, jauh melebihi purata global iaitu 54%. Vietnam (92%) dan Malaysia (90%) mendahului dunia dalam perasaan yang cukup tenang. 

No comments:

Post a Comment