Friday, June 14, 2024

UNIVERSITI ZHEJIANG CHINA MENERIMA DENGAN TANGAN TERBUKA GELOMBANG PERTUKARAN KEBUDAYAAN GLOBAL

 



HANGZHOU, China, 12 Jun, 2024 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Pada 10 Jun, Universiti Zhejiang (ZJU) di Hangzhou, yang terletak di wilayah Zhejiang di China Timur, meraikan Festival Perahu Naga, sebuah perayaan tradisional China yang diserlahkan dengan perlumbaan perahu naga sebagai penghormatan kepada penyair purba Qu Yuan. Semasa festival itu, ZJU menjadi tuan rumah kepada Whiffenpoofs dari Universiti Yale, satu kumpulan a cappella universiti berkolej tertua dan paling terkenal di dunia. Bersama-sama dengan Wenqin Chorus ZJU, mereka mempersembahkan karya paduan suara untuk fakulti dan pelajar, sekali gus menambahkan satu dimensi kebudayaan yang bersemangat kepada festival yang dihargai ini.

Satu minggu sebelum festival itu, pelajar dari universiti-universiti terkemuka dunia, termasuk Universiti Harvard, Universiti Yale, UC Berkeley, Universiti Teknologi Nanyang, Universiti Tokyo, Universiti Yonsei dan Universiti Cambridge, berkumpul di Universiti Zhejiang, satu daripada institusi pengajian tinggi yang tertua dan paling berprestij di China.

Semasa lawatan ke kampus, pelajar-pelajar antarabangsa telah menikmati tarian naga dan singa, menonton opera tradisional dan persembahan muzik rakyat, dan mencuba sendiri seni kaligrafi dan ukiran meterai. Mereka juga melawat Muzium Seni dan Arkeologi ZJU, yang menampilkan satu pameran mengenai tamadun Asia di sepanjang Laluan Sutera. Dengan lebih 210 artifak yang menjangkau lima ribu tahun, pameran itu memberikan pelajar dengan pandangan ke dalam sejarah yang kaya dan pertukaran kebudayaan bagi masyarakat Asia.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18237

No comments:

Post a Comment