Tuesday, June 11, 2024

PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) DUN BANDAR UTAMA DIJANGKA BEROPERASI SUKU PERTAMA 2025

 

Lawatan MCMC Negeri Selangor ke NADI baharu di DUN Bandar Utama


BANDAR UTAMA, 11 Jun (Bernama) --
 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Negeri Selangor telah mengadakan lawatan ke lapangan bersama EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Utama, Yang Berhormat Puan Jamaliah Jamaluddin bagi meninjau lokasi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) baharu yang bakal dibangunkan di DUN Bandar Utama semalam.
 
Projek ini telah memasuki ke fasa akhir pemilihan lokasi sebelum kerja-kerja selanjutnya boleh dijalankan. NADI tersebut dijangka akan siap selewat-lewatnya pada suku pertama 2025.
 
Sehingga kini, terdapat 48 NADI yang sedang beroperasi di seluruh negeri Selangor dan NADI di DUN Bandar Utama ini adalah salah satu daripada 35 NADI baharu yang akan dibangunkan.
 
Ini akan menjadikan jumlah keseluruhan NADI di Selangor adalah sebanyak 83 buah yang akan memainkan peranan penting bukan sahaja dalam menyediakan akses Internet bahkan turut meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat menerusi modul program serta latihan yang disediakan di pusat tersebut.
 
#MCMC
#NADI


SUMBER : Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC)
Tel: 03 86 88 80 00
Fax: 03 86 88 10 00
E-mel : scd@mcmc.gov.my
Laman Web : www.mcmc.gov.my 

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment