Thursday, April 4, 2024

SMART MODULAR TECHNOLOGIES MEMPERKENALKAN MODUL MEMORI ZEFR ZDIMM DENGAN KEANDALAN ULTRA-TINGGI UNTUK APLIKASI KOMPUT YANG MENCABAR




NEWARK, Calif., 3 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
SMART Modular Technologies, Inc. (“SMART”), bahagian SGH (Nasdaq: SGH) dan peneraju global dalam penyelesaian memori, pemacu keadaan pepejal dan produk storan hibrid, memperkenalkan penyelesaian memori keandalan ultra-tinggi, modul memori Zefr™ ZDIMM™. Modul ZDIMM sangat sesuai untuk pusat data, penskala hiper, platform pengkomputeran berprestasi tinggi (HPC) dan persekitaran lain yang menjalankan aplikasi memori besar, serta memerlukan ketersediaan platform komput yang maksimum. Keandalan memori ialah faktor kritikal di pusat data disebabkan kos yang tinggi sekiranya masa henti berlaku. Modul ZDIMM ditawarkan dalam kedua-dua faktor bentuk DDR4-3200 dan DDR5-5600, serta tersedia dalam kepadatan arus perdana.

Modul ZDIMM menggunakan proses penyaringan Zefr proprietari SMART yang memberikan tahap masa hidup dan keandalan paling tinggi, kebiasaannya berprestasi 90% lebih baik berbanding modul memori standard industri. Modul ZDIMM menjalani proses penyaringan yang mereplikasi keadaan dunia sebenar bagi memastikan keteguhan dan daya tahan modul ZDIMM dalam senario pengkomputeran yang paling mencabar.

”Standard industri untuk bahagian yang rosak per juta, atau DPPM, untuk modul DRAM ialah dalam julat 3,000 hingga 5,000,” jelas Tom Quinn, naib presiden kanan pembangunan perniagaan SMART. “Modul Zefr ZDIMM tipikal, DPPM mempunyai julat daripada 200 hingga 300. Keandalan ultra-tinggi ini amat berguna dalam persekitaran pemprosesan data yang kritikal, apabila masa beroperasi adalah paling penting dan kos masa henti boleh meningkat dengan pantas.”

Untuk maklumat tambahan mengenai memori SMART Zefr ZDIMM, kunjungi DDR4 ZDIMM dan DDR5 ZDIMM di smartm.com atau hubungi info@smartm.com.

Zefr, ZDIMM,“S” dan “SMART” serta “SMART Modular Technologies” yang diolah dalam gaya ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar SMART Modular Technologies, Inc. Semua tanda dagangan dan tanda dagangan berdaftar lain ialah hak milik pemilik masing-masing.

Maklumat Tentang SMART Modular Technologies

Selama lebih daripada 30 tahun, SMART Modular Technologies telah membantu pelanggan di seluruh dunia mendayakan pengkomputeran berprestasi tinggi melalui reka bentuk, pembangunan dan pembungkusan lanjutan penyelesaian memori khusus. Portfolio kami yang cukup mantap terdiri daripada teknologi termaju hari ini kepada produk storan DRAM dan Kilat standard dan legasi. Kami menyediakan penyelesaian memori dan storan standard, tahan lasak dan tersuai yang memenuhi keperluan aplikasi pelbagai dalam pasaran pertumbuhan tinggi.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53915134/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18029

ALLO RAI ANAK YATIM, SUMBANG BUBUR LAMBUK SEMPENA RAMADAN




KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Allo Technology Sdn Bhd (Allo), sebuah anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyantuni 50 anak-anak yatim dalam satu majlis yang diadakan di Bangi, baru-baru ini.

Selain berkongsi rezeki dengan majlis berbuka puasa, Allo turut menyampaikan sumbangan am serta duit raya hasil sumbangan ikhlas warga Allo kepada anak-anak yatim yang diraikan daripada Pertubuhan Baitul Ulfah dan Pusat Jagaan Kanak-kanak Yatim dan Miskin Muhammad Al Fateh.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Allo, Ir. Mohamed Ghous Ahmad, program menyantuni anak-anak yatim di bulan Ramadan adalah cerminan budaya prihatin Allo terhadap golongan yang kurang bernasib baik di komuniti mereka beroperasi.

“Sebagai sebuah syarikat telekomunikasi milik penuh TNB, sifat prihatin adalah nilai teras utama yang menjadi pegangan syarikat kami. Kemunculan Ramadan ini memberi peluang kepada kami untuk menyantuni anak-anak yatim dengan meraikan mereka pada majlis berbuka puasa bersama,” katanya.

Tahun lalu, warga Allo menyantuni dengan cara berbeza dengan bergotong-royong membersihkan, mengecat dan menggantikan kelengkapan yang rosak di sebuah asrama anak yatim di Dengkil.

“Saya yakin usaha sebegini dapat memupuk rasa syukur dalam kalangan warga Allo selain membawa kegembiraan kepada anak-anak yang diraikan,” katanya.

Selain meraikan anak-anak yatim, Allo turut berkongsi rezeki dengan komuniti di tempat mereka beroperasi dengan mengedar lebih 1,000 pek bubur lambuk di beberapa surau dan masjid di Seberang Jaya, Pulau Pinang; Kubang Pasu, Kedah; Padang Rengas, Perak; dan Masjid Uniten, Bangi.

Mengenai Allo Technology

Allo Technology Sdn. Bhd. (Allo) adalah penyedia perkhidmatan telekomunikasi. Allo memainkan peranan penting sebagai penyokong kemajuan teknologi dan perkhidmatan penyambungan di Malaysia dengan menyediakan infrastruktur yang diperlukan, di samping melaksanakan penyeragaman menara selular, sambungan pusat data dan sambungan rentas sempadan ke negara-negara jiran.

Sebagai anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Berhad (YNB), Allo bermatlamat untuk memperluaskan perjalanan transformasi digital Malaysia dengan penawaran yang disesuaikan untuk kediaman, perusahaan kecil, sederhana, dan syarikat besar melalui infrastruktur jaringan fiber optik penuh Akses Terbuka. Ini untuk menyokong inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA) kerajaan untuk meningkatkan kualiti dan liputan jalur lebar, mengurangkan harga jalur lebar, dan mengembangkan rangkaian gentian optik di Malaysia. Melalui perkhidmatan kami, faedah bersama akan diperolehi bagi rakan niaga dan juga pengguna. Allo ialah Penyedia Kemudahan Rangkaian, Penyedia Perkhidmatan Rangkaian dan Penyedia Perkhidmatan Aplikasi berlesen di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: allo.my

SUMBER: Allo Technology Sdn Bhd (Allo)

--BERNAMA

MIDOCEAN ENERGY EIG MENGUMUMKAN PELABURAN STRATEGIK DARIPADA MITSUBISHI CORPORATION

Pelaburan Utama Menegaskan Kejayaan Strategi Pertumbuhan MidOcean

WASHINGTON, 3 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- MidOcean Energy (“MidOcean”), syarikat gas asli cecair (LNG) global yang dibentuk dan diuruskan oleh EIG, pelabur institusi terkemuka dalam sektor tenaga dan infrastruktur global, pada hari ini mengumumkan pelaburan strategik dibuat oleh Mitsubishi Corporation (“Mitsubishi Corp”). Pelaburan Mitsubishi Corp akan mempercepat strategi MidOcean untuk mewujudkan syarikat LNG global berkualiti tinggi, terpelbagai dan bersepadu yang 'tertumpu kepada industri tertentu'.

Mitsubishi Corp telah menjadi pemain aktif dalam sektor LNG selama lebih 50 tahun, dengan pelaburan merangkumi 12 projek merentasi lapan negara. Perkongsian ini menegaskan komitmen kedua-dua syarikat terhadap LNG dan memainkan peranan sebagai pemboleh kritikal peralihan tenaga. Mitsubishi Corp berhasrat membangunkan perniagaan syarikat itu ke arah mencapai masyarakat neutral karbon, sambil memenuhi tanggungjawab sebagai pembekal tenaga yang stabil dan memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berubah.

Pelaburan ini mendalami pangkalan pelabur mewah MidOcean dan membina momentum penting MidOcean sejak dilancarkan pada lewat tahun 2022. Baru-baru ini, MidOcean mengumumkan penyelesaian pengambilalihan portfolio projek LNG Australia daripada Tokyo Gas.

De la Rey Venter, Ketua Pegawai Eksekutif MidOcean Energy, berkata: “Kami amat teruja kerana Mitsubishi Corp menyertai sebagai pelabur utama dalam MidOcean Energy. Mitsubishi Corp telah menjadi perintis industri LNG global dan secara tekal menunjukkan kepakaran dan pandangan jauh dalam mengenal pasti peluang berharga. Pelaburan syarikat itu ialah bukti kepada asas pasaran LNG dan strategi MidOcean yang kukuh untuk mewujudkan platform pertumbuhan jangka panjang yang berdaya saing dalam LNG untuk para pelabur.”

R. Blair Thomas, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif EIG, berkata: “Mengalu-alukan syarikat yang terkemuka dalam industri seperti Mitsubishi Corp sebagai pelabur utama dan rakan kongsi strategik mempercepat kemajuan MidOcean dalam mewujudkan syarikat LNG global berskala besar dan tertumpu kepada industri tersebut. Keperluan peralihan tenaga dunia menyumbang kepada pertumbuhan pesat dalam permintaan LNG global dan kami berharap dapat terus melaksanakan peluang menarik dan penting ini bersama pelabur dan rakan kongsi kami.”

Maklumat Tentang EIG
EIG ialah pelabur institusi terkemuka dalam sektor tenaga dan infrastruktur global dengan $22.9 bilion di bawah pengurusan pada 31 Disember 2023. EIG mempunyai kemahiran dalam pelaburan swasta bagi sektor tenaga dan infrastruktur berkaitan tenaga pada peringkat global. Sepanjang tempoh beroperasi selama 41 tahun ini, EIG telah memberikan komitmen lebih daripada $47.1 bilion kepada sektor tenaga melalui lebih 405 projek atau syarikat di 42 negara di enam benua. Pelanggan EIG banyak terdiri daripada pelan pencen terkemuka, syarikat insurans, endowmen, yayasan dan dana kekayaan negara di Amerika Syarikat, Asia dan Eropah. EIG beribu pejabat di Washington D.C. mempunyai pejabat lain di Houston, London, Sydney, Rio de Janeiro, Hong Kong dan Seoul.

Maklumat Tentang MidOcean Energy
MidOcean Energy, syarikat LNG yang dibentuk dan diuruskan oleh EIG, berusaha membina portfolio LNG global yang terpelbagai, berdaya tahan, berdaya saing dari segi kos dan karbon. Ini mencerminkan kepercayaan EIG terhadap LNG sebagai pemboleh kritikal peralihan tenaga dan kepentingan LNG yang semakin berkembang sebagai sumber tenaga strategik geopolitik. MidOcean Energy diketuai oleh De la Rey Venter, veteran industri berpengalaman selama 26 tahun yang telah memegang pelbagai peranan eksekutif kanan, termasuk Ketua Global LNG untuk Shell Plc.

Untuk maklumat tambahan, sila kunjungi laman web EIG di www.eigpartners.com atau laman web MidOcean Energy di www.midoceanenergy.com.

Maklumat Tentang Mitsubishi Corporation

Mitsubishi Corp mengendalikan pelbagai perniagaan yang merangkumi berbilang industri dan diawasi oleh lapan kumpulan perniagaan khusus industri: Tenaga Alam Sekitar, Penyelesaian Bahan, Sumber Mineral, Pembangunan & Infrastruktur Bandar, Mobiliti, Industri Makanan, Penciptaan Kehidupan Pintar dan Penyelesaian Kuasa.

Untuk maklumat tambahan, sila kunjungi laman web Mitsubishi Corporation di www.mitsubishicorp.com/jp/en/.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18028

MARY KAY INC. MENERAJUI USAHA PEMULIHARAAN LAUTAN DI SIDANG KEMUNCAK LAUTAN DUNIA TAHUNAN KE-11

Sandra Silva, Pengurus Besar Mary Kay di Portugal, berkongsi pandangan tentang keperluan penting untuk usaha kolaboratif dalam pemuliharaan marin dan menyerlahkan kesan menggabungkan perspektif jantina dalam inisiatif menangani cabaran perubahan iklim dan kehilangan biodiversiti. (Foto: Mary Kay Inc.)


 DALLAS, 4 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mary Kay Inc., pemimpin global dalam pemerkasaan wanita dan penyokong teguh untuk kemampanan, sekali lagi berada di barisan hadapan dalam usaha pemuliharaan lautan global. Jenama kecantikan berbangga untuk mengambil bahagian di Sidang Kemuncak & Ekspo Lautan Dunia ke-11, yang diadakan di Lisbon, Portugal, dari 11-13 Mac. Sebagai penaja peringkat gangsa untuk tahun kedua berturut-turut, Mary Kay menunjukkan komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk memupuk ekonomi biru yang mampan sebagai wakil sektor swasta dan melalui kerjasama yang telah lama terjalin dengan The Nature Conservancy (TNC).


Sidang Kemuncak Ekspo Lautan Dunia Tahunan, yang dianjurkan oleh Economist Impact, telah mengadakan lebih 200 penceramah pakar dan khalayak antarabangsa yang pelbagai untuk terlibat dalam perbincangan, bengkel dan sesi “Cara untuk". Perhimpunan ini memfokuskan pada penyelesaian yang boleh diambil tindakan kepada beberapa cabaran lautan yang paling mendesak, menggariskan kepentingan usaha kerjasama merentas sektor.

Sandra Silva, Pengurus Besar Mary Kay di Portugal, mengambil peranan aktif dalam perbincangan panel bertajuk "Developing Blue Nature-based Projects." Silva berkongsi pandangan tentang keperluan penting untuk usaha kolaboratif dalam pemuliharaan marin dan menyerlahkan kesan menggabungkan perspektif jantina dalam inisiatif menangani cabaran perubahan iklim dan kehilangan biodiversiti.

"Penyertaan Mary Kay pada Sidang Kemuncak Lautan Dunia tahun ini bukan sahaja untuk mengukuhkan dedikasi kami terhadap pemuliharaan lautan, tetapi juga tentang menonjolkan peranan penting wanita dalam usaha ini," kata Silva. “Kami percaya bahawa tindakan kolektif kami hari ini adalah penting untuk pemeliharaan ekosistem marin. Semua pihak berkepentingan meninggalkan sidang kemuncak itu dengan visi yang jelas tentang sinergi baharu, fokus pada strategi yang boleh diambil tindakan dan penyelesaian kalis bunyi untuk meningkatkan pengawasan lautan.”

Dr. Lizzie Mcleod, Pengarah Lautan Global untuk The Nature Conservancy, melahirkan rasa terima kasih atas hubungan jangka panjang dan kesan mereka dengan Mary Kay. "Kerjasama kukuh kami berdiri sebagai bukti kuasa bergabung tenaga merentas komuniti saintifik dan sektor swasta untuk meningkatkan kesihatan lautan. Sokongan Mary Kay terhadap inisiatif pemuliharaan marin, termasuk projek Super Reefs di Palau, adalah salah satu contoh usaha kolektif kami untuk memastikan lautan yang sihat dan berdaya tahan."

Mary Kay telah berusaha untuk meningkatkan kesihatan lautan dan kesedaran terumbu karang melalui sokongannya terhadap The Nature Conservancy selama 37 tahun. Beberapa projek terbaharu termasuk pemulihan Super Reef restoration di rantau Asia Pasifik dan projek lain di Hawaii, Palau, Kepulauan Marshall dan Belize. Projek-projek ini sejajar dengan misi Mary Kay untuk bukan sahaja memperkayakan kehidupan tetapi juga untuk memastikan jangka hayat dan kesihatan persekitaran marin untuk generasi akan datang.

ADAKAH KAMU TAHU?

· Mary Kay mula menyokong The Nature Conservancy (TNC) pada 1987 dan kini telah menyumbang kepada projek selama lebih tiga dekad merentasi 100 projek pemuliharaan di seluruh dunia.
· Sebagai sebahagian daripada misinya untuk memulihara tanah dan air Bumi, TNC menyasarkan untuk memulihara 4 bilion hektar lautan menjelang 2030—termasuk terumbu karang.
· Daripada lebih 1,500 artikel yang diterbitkan mengenai sains terumbu karang di negara OECD, 33% pengarang adalah wanita.¹
· 13-24% daripada jawatan kanan dalam sektor sains marin EU diduduki oleh wanita.¹
· 90% wanita dalam perikanan dan akuakultur lebih terlibat dalam kerja yang kurang bergaji atau tidak bergaji.¹
 
Tentang Mary Kay

Kemudian. Sekarang. Sentiasa. Salah satu pemecah siling kaca asal, Mary Kay Ash mengasaskan jenama kecantikan impiannya di Texas pada tahun 1963 dengan satu matlamat: untuk memperkayakan kehidupan wanita. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat global dengan berjuta-juta ahli tenaga jualan bebas di lebih daripada 35 negara. Selama 60 tahun, peluang Mary Kay telah memperkasakan wanita untuk menentukan masa depan mereka sendiri melalui pendidikan, bimbingan, advokasi dan inovasi. Mary Kay berdedikasi untuk melabur dalam sains di sebalik kecantikan dan pembuatan penjagaan kulit termaju, kosmetik warna, suplemen pemakanan dan wangian. Mary Kay percaya dalam memelihara planet kita untuk generasi akan datang, melindungi wanita yang terjejas oleh kanser dan penderaan domestik, dan menggalakkan belia untuk mengikuti impian mereka. Ketahui lebih lanjut di marykayglobal.com, temui kami di FacebookInstagram, dan LinkedIn, atau ikuti kami di X (formerly Twitter).

Mengenai The Nature Conservancy

Nature Conservancy ialah organisasi pemuliharaan global yang berdedikasi untuk memulihara tanah dan perairan yang menjadi tempat bergantung kepada semua kehidupan. Berpandukan sains, kami mencipta penyelesaian yang inovatif dan di lapangan untuk cabaran paling sukar di dunia kami supaya alam semula jadi dan manusia boleh berkembang maju bersama. Kami sedang menangani perubahan iklim, memulihara tanah, perairan dan lautan pada skala yang belum pernah berlaku sebelum ini, menyediakan makanan dan air secara mampan, dan membantu menjadikan bandar lebih mampan. Bekerja di 76 negara dan wilayah —37 melalui impak pemuliharaan langsung dan 39 melalui rakan kongsi— kami menggunakan pendekatan kolaboratif yang melibatkan komuniti tempatan, kerajaan, sektor swasta dan rakan kongsi lain. Untuk mengetahui lebih lanjut, lawati www.nature.org atau ikuti @nature_press di Twitter.

¹ Source : https://impact.economist.com/ocean/sustainable-ocean-economy/valuing-women-in-the-blue-economy-for-international-womens-day

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Malay: Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53921920/en

Hubungi:
Komunikasi Korporat Mary Kay Inc
marykay.com/newsroom 
972.687.5332 atau media@mkcorp.com
 
Sumber: Mary Kay Inc.

--BERNAMA

Wednesday, April 3, 2024

JUALAN DRAGON'S DOGMA 2 CAPCOM MENCECAH 2.5 JUTA UNIT!

Dragon's Dogma 2 ialah permainan terkini dalam siri aksi RPG kegemaran Capcom. (Grafik: Business Wire)

 Kini jualan terkumpul siri Dragon’s Dogma melebihi 10 juta unit


OSAKA, Jepun, 3 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Capcom Co., Ltd. (TOKYO:9697) pada hari ini mengumumkan bahawa jualan Dragon’s Dogma 2 di seluruh dunia melepasi 2.5 juta unit.

Hampir dua belas tahun selepas siri asal, kini Dragon’s Dogma 2 menjadi permainan aksi berlatarkan dunia terbuka yang luas dengan tahap kebebasan yang tinggi. Permainan ini membolehkan pemain menikmati suasana fantasi yang direka bentuk dengan rumit dan kelihatan terlalu nyata sambil memberikan pengalaman pengembaraan dalam kumpulan yang terdiri daripada sehingga empat anggota kesemuanya, serta bermain secara solo hasil daripada watak bidak yang dikawal AI bertindak sebagai teman seperjalanan. Capcom menjalankan pelbagai aktiviti promosi pada peringkat global dengan tujuan untuk menarik minat bukan sahaja peminat lama sedia ada siri tersebut tetapi juga pendatang baharu, termasuk pelancaran aplikasi percuma yang membolehkan pengguna mencipta avatar pemain masing-masing sebelum pelancaran permainan, serta bidak dalam permainan yang dibuat dengan kerjasama selebriti di pelbagai negara dan atlet kebangsaan Jepun.

Kemas kini berkenaan penambahan dan perubahan kepada beberapa spesifikasi untuk Dragon’s Dogma 2 sedang dilaksanakan secara berterusan. Butiran boleh didapati di laman utama rasmi permainan. https://www.dragonsdogma.com/2/en-us/topics/update/

Capcom kekal dan cukup komited untuk memenuhi harapan semua pihak berkepentingan dengan memanfaatkan keupayaan pembangunan permainan terunggul dalam industri untuk mencipta pengalaman permainan yang amat menghiburkan.

MAKLUMAT TENTANG Dragon’s Dogma

Siri Dragon’s Dogma terdiri daripada permainan aksi dalam suasana fantasi apabila pemain mengembara dalam dunia pedang dan sihir yang terbuka luas. Sejak pelancaran permainan pertama pada tahun 2012, siri ini mendapat pujian di seluruh dunia untuk ciri permainan seperti rakan pengembaraan "bidak" yang boleh beraksi sendiri, sekaligus membuatkan siri ini berjaya dijual melebihi 10 juta unit secara terkumpul.

MAKLUMAT TENTANG CAPCOM

Capcom ialah pembangun, penerbit dan pengedar hiburan berinteraktif terkemuka di seluruh dunia untuk konsol permainan, PC, peranti pegang tangan dan wayarles. Diasaskan pada tahun 1983, syarikat tersebut telah mencipta ratusan permainan, termasuk francais rintisan Resident Evil™, Monster Hunter™, Street Fighter™, Mega Man™, Devil May Cry™ dan Ace Attorney™. Capcom mengekalkan operasi di Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman, Perancis, Hong Kong, Taiwan, Singapura dan Tokyo, dengan ibu pejabat korporat terletak di Osaka, Jepun. Maklumat lanjut tentang Capcom boleh didapati di https://www.capcom.co.jp/ir/english/

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53921068/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi
Bahagian Perhubungan Awam & Pelabur Capcom
Daniel Levine
+81-6-6920-3623
daniel-levine@capcom.com

Yoshiko Ikeda
+81-6-6920-3623
yoshiko-ikeda@capcom.com
 
Sumber: Capcom Co., Ltd.

--BERNAMA

Tuesday, April 2, 2024

HOTEL VILLA FONTAINE PREMIER/LAPANGAN TERBANG GRAND HANEDA MENAWARKAN BILIK-BILIK YANG MENAMPILKAN JAL, HATSUNE MIKU, LOVE LIVE! KELAB IDOLA SEKOLAH MENENGAH NIJIGASAKI, KANDUNGAN POPULAR YANG LAIN

TOKYO, 1 April, 2024 /Kyodo JBN/ --

- Berharap agar Tetamu Dapat Mengalami Nilai Baharu Ketika Perjalanan di Jepun –

Sumitomo Fudosan Villa Fontaine Co., Ltd., sebuah Kumpulan Sumitomo Realty, telah mula menawarkan bilik-bilik tamu yang menampilkan Japan Airlines, sebuah syarikat penerbangan utama Jepun, Hatsune Miku, LINE FRIENDS dan watak-watak lain yang popular di seluruh dunia di Hotel Villa Fontaine Premier/Lapangan Terbang Grand Haneda. Ia adalah hotel lapangan terbang yang terbesar di Jepun dengan 1,717 buah bilik dan bersambung terus ke Terminal 3 Lapangan Terbang Haneda (Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo).

Imej:https://kyodonewsprwire.jp/release/202403148023?p=images

Hotel itu telah menguntukkan dan mereka khas kira-kira 100 bilik tamu yang menampilkan watak-watak popular dari Jepun dan tempat lain untuk meningkatkan nilai penginapan di hotel berkenaan. Syarikat itu berharap agar tetamu akan menikmati pengalaman unik mereka berhampiran Lapangan Terbang Haneda, lapangan terbang terbesar di Jepun yang menyasarkan untuk menjadi sebuah negara yang berorientasikan pelancongan.

Laman web rasmi: https://kyodonewsprwire.jp/attach/202403148023-O1-5q8131VY.pdf

Sumitomo Fudosan Villa Fontaine sedang bekerjasama dengan syarikat penerbangan dan watak-watak berikut di dalam projek itu (mengikut susunan abjad):

- Hatsune Miku

Enam Watak Piapro -- Hatsune Miku, seorang penyanyi maya yang popular di seluruh dunia, Kagamine Rin, Kagamine Len, Megurine Luka, MEIKO dan KAITO -- akan berada di dalam projek itu. Ia merupakan kerjasama yang pertama bagi kesemua enam Watak Piapro dengan sebuah hotel.

- Japan Airlines

Satu rekod terdiri daripada 24 bilik tamu adalah untuk kerjasama dengan JAL, jumlah yang sama dengan destinasi bagi penerbangan antarabangsa syarikat penerbangan dari Haneda. JAL memulakan perkhidmatan antarabangsa apabila ia melancarkan penerbangan di laluan Haneda-Honolulu-San Francisco.

- Projek Seni Kanosei oleh Kumpulan TOPPAN ("kanosei" bermaksud "kemungkinan" dalam bahasa Jepun)

Ia adalah sebuah projek yang dilancarkan oleh Kumpulan TOPPAN, sebuah syarikat percetakan terkemuka Jepun, untuk mempromosikan hasil karya yang dicipta oleh artis-artis kurang upaya di bawah tema "kemungkinan dan bakat yang tidak terhingga." Sebahagian daripada caj penginapan yang dibayar oleh mereka yang menginap di bilik tamu yang diperuntukkan bagi projek ini disumbangkan kepada Pertubuhan Seni Tanpa Sempadan dan artis-artis kurang upaya untuk menyokong aktiviti mereka.

- KOKUYO

KOKUYODOORS, sebuah kedai yang dikendalikan oleh syarikat alat tulis utama Jepun, KOKUYO, menyelia reka bentuk dan susun atur bilik-bilik berkenaan. Ini adalah kali pertama sebuah hotel telah menjalin kerjasama dengan syarikat alat tulis itu dalam cara sedemikian.

- LINE FRIENDS

Bilik tamu telah diperuntukkan untuk kerjasama dengan "LINE FRIENDS." Warna lembut dan cita rasa Jepun terdapat di dalam reka bentuk unik bilik-bilik itu yang hanya boleh dilihat di hotel ini.

- Love Live! Kelab Idola Sekolah Menengah Nijigasaki

Bilik tamu bertemakan Love Live! Kelab Idola Sekolah Menengah Nijigasaki, satu daripada hasil karya di dalam sebuah siri projek multimedia Jepun "Love Live!".

- Sirotan

Bilik-bilik kerjasama adalah dengan "Sirotan," sebuah watak anjing laut yang comel, oleh Creative Yoko Co., Ltd. Para tetamu boleh menikmati budaya pop Jepun semasa menginap dengan Sirotan.

Maklumat mengenai Hotel Villa Fontaine Premier/Lapangan Terbang Grand Haneda

Hotel itu yang dihubungkan dengan Terminal 3 Lapangan Terbang Haneda adalah sesuai untuk tetamu yang menginap di sana bagi sebelum & selepas ketibaan/berlepas. Hotel itu meliputi pelbagai keperluan, bukan sahaja perniagaan tetapi untuk masa lapang. Ia menawarkan sarapan pagi awal di Grand Aile, yang dibuka dari pukul 6 pagi hingga 1 pagi.

Maklumat mengenai TAMAN LAPANGAN TERBANG HANEDA

Kompleks komersial itu menampilkan hotel lapangan terbang (*) terbesar di Jepun dengan 1,717 buah bilik, kedai & restoran, sebuah spa onsen, dewan acara dan sebuah terminal bas.

(*) Bilangan bilik tetamu di premis itu adalah yang terbesar di antara kesemua hotel lapangan terbang di Jepun, menurut satu penyelidikan oleh JTB Tourism Research & Consulting Co. pada September 2022.

Sumber: Sumitomo Fudosan Villa Fontaine Co., Ltd.  

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18023

Monday, April 1, 2024

KUMPULAN MIDEA LANCARKAN KISAH JENAMA ESG PERTAMA DENGAN LAWATAN VIP TERISTIMEWA BAGI MENYERLAHKAN KOMITMEN MEREKA TERHADAP KEMAPANAN

FOSHAN, China, 1 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 

Kumpulan Midea:

Latar belakang:

Kumpulan Midea, sebuah kumpulan teknologi global peneraju, telah menerbitkan Laporan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir urus (ESG) 2023 mereka yang menampilkan matlamat pembangunan mapan yang ditetapkan untuk tahun 2030.

Matlamat-matlamat tersebut termasuk mencapai penjanaan kuasa fotovoltan 500 megawatt, mengurangkan keamatan pelepasan gas rumah hijau (skop 1 dan 2) sebanyak 0.040, mendapatkan Sijil Sistem Pengurusan Tenaga untuk 50 kilang dan mencapai 100% jejak karbon daripada kategori besar perkakas rumah pintar.

Matlamat tersebut selaras dengan Piawai Laporan Pembangunan Mapan dalam Piawai Laporan Global yang dirangkum dalam Inisiatif Pelaporan Global (GRI).

Laporan dan kempen baharu fokus pada empat dimensi: Melindungi Planet Biru, Membina Komuniti yang Harmoni, Mengamalkan 'Bawa Inovasi Hebat ke dalam Kehidupan' dan Mewujudkan Ekologi Maju secara Bersama.

Kempen:

Keupayaan ESG Midea adalah menyeluruh tetapi penyebaran konsep kepada khalayak yang lebih luas boleh menjadi rumit dan mungkin tidak dapat menarik minat orang ramai.

Dalam filem berjenama pertama mereka yang berkonsepkan ESG, montaj lautan, hutan hujan tropika dan tenaga boleh diperbaharui yang diiringi dengan suara latar yang biasa sebenarnya sudah memadai tetapi untuk melakukannya sedaya upaya, unsur hiburan perlu ditambahkan.

Dengan perkara ini dalam fikiran, filem bersudut pandangan naratif telah dihasilkan, yang mengisahkan lawatan kilang oleh para VIP Midea yang paling penting. Generasi akan datang.

Sudut pandangan kreatif ini menyerlahkan kanak-kanak sebagai VIP dan juga sebagai waris inisiatif ESG pada masa depan. Watak mereka membawa kemesraan, kenaifan dan kegembiraan yang hanya ada pada kanak-kanak, dan membolehkan jenama tersebut menyampaikan fakta yang rumit dengan cara yang lembut.

Filem ini telah dilancarkan secara global pada 28 Mac 2024, merentas platform Linkedin, Facebook, X dan YouTube.

Dengan komitmen mereka yang kukuh terhadap kemapanan, Kumpulan Midea berada di landasan yang tepat untuk terus memimpin jalan ke arah masa depan yang lebih hijau dan lebih mapan.

Fakta ESG Tambahan Midea:

- Midea memiliki 5 kilang Rumah Api Global dan 28 kilang dengan gelaran kilang hijau tahap kebangsaan.

- Syarikat ini juga menyediakan sistem pembangunan bakat berbilang saluran kepada 190,000 pekerja mereka dan sering mengadakan aktiviti pertukaran rentas budaya.

- Selain itu, syarikat ini juga telah mengumumkan rancangan mereka untuk melaburkan RMB 140 juta untuk pembangunan pendidikan dalam komuniti tempatan.

- Sebagai warga yang bertanggungjawab global, Kumpulan Midea bermatlamat untuk menyokong Matlamat Pembangunan Mapan (SDG) Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu dan telah menyertai organisasi Perjanjian Global Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu. Tambahan lagi, Midea Building Technology telah menjadi sebahagian daripada SBTi (Inisiatif Sasaran Karbon berdasarkan Sains).

- Sebagai pengiktirafan terhadap dedikasi mereka dalam kemapanan, Kumpulan Midea telah tersenarai dalam Syarikat Terbaik untuk Wanita Di Dunia oleh Forbes pada tahun 2023.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53916811/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Perhubungan
Lori luo, luory17@midea.com
 
Sumber: Kumpulan Midea

--BERNAMA