Thursday, April 4, 2024

ALLO RAI ANAK YATIM, SUMBANG BUBUR LAMBUK SEMPENA RAMADAN




KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Allo Technology Sdn Bhd (Allo), sebuah anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyantuni 50 anak-anak yatim dalam satu majlis yang diadakan di Bangi, baru-baru ini.

Selain berkongsi rezeki dengan majlis berbuka puasa, Allo turut menyampaikan sumbangan am serta duit raya hasil sumbangan ikhlas warga Allo kepada anak-anak yatim yang diraikan daripada Pertubuhan Baitul Ulfah dan Pusat Jagaan Kanak-kanak Yatim dan Miskin Muhammad Al Fateh.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Allo, Ir. Mohamed Ghous Ahmad, program menyantuni anak-anak yatim di bulan Ramadan adalah cerminan budaya prihatin Allo terhadap golongan yang kurang bernasib baik di komuniti mereka beroperasi.

“Sebagai sebuah syarikat telekomunikasi milik penuh TNB, sifat prihatin adalah nilai teras utama yang menjadi pegangan syarikat kami. Kemunculan Ramadan ini memberi peluang kepada kami untuk menyantuni anak-anak yatim dengan meraikan mereka pada majlis berbuka puasa bersama,” katanya.

Tahun lalu, warga Allo menyantuni dengan cara berbeza dengan bergotong-royong membersihkan, mengecat dan menggantikan kelengkapan yang rosak di sebuah asrama anak yatim di Dengkil.

“Saya yakin usaha sebegini dapat memupuk rasa syukur dalam kalangan warga Allo selain membawa kegembiraan kepada anak-anak yang diraikan,” katanya.

Selain meraikan anak-anak yatim, Allo turut berkongsi rezeki dengan komuniti di tempat mereka beroperasi dengan mengedar lebih 1,000 pek bubur lambuk di beberapa surau dan masjid di Seberang Jaya, Pulau Pinang; Kubang Pasu, Kedah; Padang Rengas, Perak; dan Masjid Uniten, Bangi.

Mengenai Allo Technology

Allo Technology Sdn. Bhd. (Allo) adalah penyedia perkhidmatan telekomunikasi. Allo memainkan peranan penting sebagai penyokong kemajuan teknologi dan perkhidmatan penyambungan di Malaysia dengan menyediakan infrastruktur yang diperlukan, di samping melaksanakan penyeragaman menara selular, sambungan pusat data dan sambungan rentas sempadan ke negara-negara jiran.

Sebagai anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Berhad (YNB), Allo bermatlamat untuk memperluaskan perjalanan transformasi digital Malaysia dengan penawaran yang disesuaikan untuk kediaman, perusahaan kecil, sederhana, dan syarikat besar melalui infrastruktur jaringan fiber optik penuh Akses Terbuka. Ini untuk menyokong inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA) kerajaan untuk meningkatkan kualiti dan liputan jalur lebar, mengurangkan harga jalur lebar, dan mengembangkan rangkaian gentian optik di Malaysia. Melalui perkhidmatan kami, faedah bersama akan diperolehi bagi rakan niaga dan juga pengguna. Allo ialah Penyedia Kemudahan Rangkaian, Penyedia Perkhidmatan Rangkaian dan Penyedia Perkhidmatan Aplikasi berlesen di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: allo.my

SUMBER: Allo Technology Sdn Bhd (Allo)

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment