Friday, April 5, 2024

WILAYAH GUANGDONG MENCAPAI PEMODENAN DENGAN TUMPUAN PADA PEMBANGUNAN YANG BERKUALITI




GUANGZHOU, China, 4 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Pada 29 Mac 2024 taklimat media “Pembangunan Berkualiti Tinggi”, yang dihoskan oleh Pejabat Maklumat Majlis Negara China, Gabenor Wilayah Guangdong Wang Weizhong, menghuraikan strategi rantau tersebut untuk mencapai pembangunan yang berkualiti tinggi dan menekankan peranan mereka dalam mendorong usaha pemodenan wilayah tersebut.

Wang juga membicarakan pendekatan Guangdong dalam mengintegrasikan amalan pembangunan moden dengan dari ciri-ciri tempatan, menekankan kepentingan inovasi teknologi dan pertumbuhan industri dalam meningkatkan kualiti pembangunan. Beliau juga mencatat amalan negeri tersebut dalam memulakan strategi pembangunan tahunan dengan persidangan yang memberi tumpuan kepada pembangungan yang berkualiti tinggi, dengan bermula serta merta selepas cuti tahun Baharu China dalam dua tahun berturut-turut.

Guangdong juga dikenali kerana hasil ekonominya yang penting dengan melaporkan GDP wilayah sebanyak 13.57 trilion yuan pada tahun 2023, kira-kira 10% daripada jumlah keseluruhan China, demi menyelenggara kedudukan termuka di peringkat nasional. Negeri ini menjadi rumah kepada lebih daripada 18 juta entiti perniagaan, termasuk dengan 7.8 juta syarikat yang memainkan peranan yang sangat penting dalam landskap ekonomi China.

Wilayah ini juga telah berusaha untuk mengintegrasi serantau, terutama dengan Hong Kong dan Macao demi meningkatkan keterhubungan dan potensi ekonomi kawasan Greater Bay Area yang lebih besar. Projek-projek yang penting termasuk dengan Guangdong-Macao In-Depth Cooperation Zone di Hengqin dan pembangunan infrastruktur yang akan datang seperti Shenzhen-Zhongshan Tunnel, dengan tujuan untuk meningkatkan hubungan pengangkutan serantau.

Dari segi inovasi, Guangdong telah menjadi rumah kepada sejumlah besar syarikat perindustrian dan teknologi yang tinggi, dengan memimpin dalam bidang seperti permohonan paten antarabangsa PCT dan metrik harta intelek lainnya. Ini juga mencerminkan tumpuan negeri ini dalam memupuk persekitaran yang kondusif untuk berinovasi.

Kelestarian alam sekitar dan kebajikan awam juga menjadi tumpuan bagi Guangdong. Wilayah ini juga melaporkan peningkatan dalam kualiti udara dan liputan hutan, secara bersama-sama dengan usaha ke arah neutraliti karbon dan meningkatkan kepelbagaian biologi. Selain itu juga, Guangdong telah berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan awam dan sistem keselamatan sosial demi menangani keperluan masyarakat.

Semasa sidang media, Wang Weizhong dan Zhang Hu, Naib Gabenor Eksekutif juga menjawab pertanyaan dari media mengenai pelbagai topik, termasuk pembangunan ekonomi, integrasi bandar-luar bandar, pelaburan asing dan dasar alam sekitar demi memberikan wawasan tentang strategi pembangunan serba lengkap dari Guangdong.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/53918216/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Maklumat hubungan:

Zhang Yan
Nombor telefon: 008610-68994660
E-mel: 1713543383@qq.com
 
Sumber : Wilayah Guangdong

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment