Monday, April 1, 2024

KUMPULAN MIDEA LANCARKAN KISAH JENAMA ESG PERTAMA DENGAN LAWATAN VIP TERISTIMEWA BAGI MENYERLAHKAN KOMITMEN MEREKA TERHADAP KEMAPANAN

FOSHAN, China, 1 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 

Kumpulan Midea:

Latar belakang:

Kumpulan Midea, sebuah kumpulan teknologi global peneraju, telah menerbitkan Laporan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir urus (ESG) 2023 mereka yang menampilkan matlamat pembangunan mapan yang ditetapkan untuk tahun 2030.

Matlamat-matlamat tersebut termasuk mencapai penjanaan kuasa fotovoltan 500 megawatt, mengurangkan keamatan pelepasan gas rumah hijau (skop 1 dan 2) sebanyak 0.040, mendapatkan Sijil Sistem Pengurusan Tenaga untuk 50 kilang dan mencapai 100% jejak karbon daripada kategori besar perkakas rumah pintar.

Matlamat tersebut selaras dengan Piawai Laporan Pembangunan Mapan dalam Piawai Laporan Global yang dirangkum dalam Inisiatif Pelaporan Global (GRI).

Laporan dan kempen baharu fokus pada empat dimensi: Melindungi Planet Biru, Membina Komuniti yang Harmoni, Mengamalkan 'Bawa Inovasi Hebat ke dalam Kehidupan' dan Mewujudkan Ekologi Maju secara Bersama.

Kempen:

Keupayaan ESG Midea adalah menyeluruh tetapi penyebaran konsep kepada khalayak yang lebih luas boleh menjadi rumit dan mungkin tidak dapat menarik minat orang ramai.

Dalam filem berjenama pertama mereka yang berkonsepkan ESG, montaj lautan, hutan hujan tropika dan tenaga boleh diperbaharui yang diiringi dengan suara latar yang biasa sebenarnya sudah memadai tetapi untuk melakukannya sedaya upaya, unsur hiburan perlu ditambahkan.

Dengan perkara ini dalam fikiran, filem bersudut pandangan naratif telah dihasilkan, yang mengisahkan lawatan kilang oleh para VIP Midea yang paling penting. Generasi akan datang.

Sudut pandangan kreatif ini menyerlahkan kanak-kanak sebagai VIP dan juga sebagai waris inisiatif ESG pada masa depan. Watak mereka membawa kemesraan, kenaifan dan kegembiraan yang hanya ada pada kanak-kanak, dan membolehkan jenama tersebut menyampaikan fakta yang rumit dengan cara yang lembut.

Filem ini telah dilancarkan secara global pada 28 Mac 2024, merentas platform Linkedin, Facebook, X dan YouTube.

Dengan komitmen mereka yang kukuh terhadap kemapanan, Kumpulan Midea berada di landasan yang tepat untuk terus memimpin jalan ke arah masa depan yang lebih hijau dan lebih mapan.

Fakta ESG Tambahan Midea:

- Midea memiliki 5 kilang Rumah Api Global dan 28 kilang dengan gelaran kilang hijau tahap kebangsaan.

- Syarikat ini juga menyediakan sistem pembangunan bakat berbilang saluran kepada 190,000 pekerja mereka dan sering mengadakan aktiviti pertukaran rentas budaya.

- Selain itu, syarikat ini juga telah mengumumkan rancangan mereka untuk melaburkan RMB 140 juta untuk pembangunan pendidikan dalam komuniti tempatan.

- Sebagai warga yang bertanggungjawab global, Kumpulan Midea bermatlamat untuk menyokong Matlamat Pembangunan Mapan (SDG) Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu dan telah menyertai organisasi Perjanjian Global Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu. Tambahan lagi, Midea Building Technology telah menjadi sebahagian daripada SBTi (Inisiatif Sasaran Karbon berdasarkan Sains).

- Sebagai pengiktirafan terhadap dedikasi mereka dalam kemapanan, Kumpulan Midea telah tersenarai dalam Syarikat Terbaik untuk Wanita Di Dunia oleh Forbes pada tahun 2023.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53916811/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Perhubungan
Lori luo, luory17@midea.com
 
Sumber: Kumpulan Midea

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment