Saturday, April 13, 2024

PERTUBUHAN PRODUKTIVITI ASIA MEMBERI ANUGERAH KEPADA JUARA PRODUKTIVITI CEMERLANG

TOKYO, 12 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pertubuhan Produktiviti Asia (APO), pertubuhan antara kerajaan yang terdiri daripada 21 anggota ekonomi, mengumumkan penerima Anugerah Serantau, Jasa Gemilang dan Terbilang APO 2024.

Sejak permulaan pengiktirafan ini pada tahun 1978, Anugerah APO telah meraikan pencapaian juara produktiviti yang telah menyumbang dengan ketara kepada penambahbaikan produktiviti di seluruh Asia Pasifik. Bagi memperingati ulang tahun ke-60 APO pada tahun 2021, beberapa peningkatan telah dibuat kepada skim anugerah bertujuan menggambarkan landskap produktiviti dan inovasi yang berkembang.

Penerima Anugerah Serantau, Jasa Gemilang dan Terbilang APO 2024

Pada tahun ini, APO dengan bangganya mengurniakan anugerah tersebut kepada dua Penerima Anugerah Serantau, diiktiraf atas sumbangan cemerlang mereka yang melangkaui sempadan negara dan memberi impak kepada rantau Asia Pasifik.

1.      Dr. Pao-Cheng Chang, Presiden, Pusat Produktiviti China
2.      Anilkumar Manibhai Naik, Pengerusi Emeritus, Larsen & Toubro Limited

Di samping itu, lima penerima Anugerah Jasa Gemilang dan Terbilang telah dikurniakan atas pencapaian dan sumbangan mereka yang memberikan inspirasi dan teladan sekaligus membawa kepada pemusatan produktiviti.

1.      Dr. Bountheung Douangsavanh, Timbalan Menteri, Kementerian Perindustrian dan Perdagangan, Kerajaan Republik Demokratik Rakyat Lao (Lao PDR)
2.      Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan, Mydin Mohamed Holdings Berhad
3.      Yamaaranz Erkhembayar, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif, Pertubuhan Produktiviti Mongolia
4.      Prof. Ahsan Iqbal, Menteri Persekutuan bagi Perancangan, Pembangunan dan Pembaharuan, Kerajaan Pakistan
5.      Dr. Ha Minh Hiep, Pemangku Ketua Pengarah, Direktorat Standard, Metrologi dan Kualiti, Kementerian Sains dan Teknologi

Penyampaian anugerah akan dikendalikan pada majlis pengurniaan semasa Sesi Ke-66 Badan Pentadbiran APO di Kuala Lumpur, Malaysia, 28–30 Mei 2024 serta acara yang ditetapkan oleh Pengarah APO negara penerima anugerah masing-masing berdasarkan Anugerah Serantau, Jasa Gemilang dan Terbilang APO, serta Anugerah Kebangsaan. APO berdedikasi untuk memanfaatkan pengetahuan dan pengalaman penerima anugerah ini bagi memberikan inspirasi dan mengemudi inisiatif produktiviti masa depan, dengan itu dapat memupuk pembelajaran, inovasi dan kerjasama dalam kalangan anggota APO. Kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima anugerah dan mengharapkan sumbangan berterusan mereka kepada produktiviti dan kecemerlangan di rantau ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai penerima Anugerah APO yang terkini, sila kunjungi laman web kami di https://www.apo-tokyo.org/recognizing-apo-productivity-champions/.

Maklumat Tentang Pertubuhan Produktiviti Asia (APO)

Pertubuhan Produktiviti Asia (APO) ialah pertubuhan antara kerajaan serantau yang khusus untuk menambah baik produktiviti di rantau Asia-Pasifik melalui kesepakatan bersama. Pertubuhan ini ialah pertubuhan bukan politik, bukan untung dan tanpa diskriminasi. Ditubuhkan pada tahun 1961 dengan lapan anggota pengasas dan pada masa ini Pertubuhan Produktiviti Asia (APO) mempunyai 21 anggota ekonomi: Bangladesh; Kemboja; Taiwan (Republik China - ROC); Fiji; Hong Kong; India; Indonesia; Republik Islam Iran (I.R.); Jepun; Korea Selatan (Republik Korea - ROK); Republik Demokratik Rakyat Lao (Lao PDR); Malaysia; Mongolia; Nepal; Pakistan; Filipina; Singapura; Sri Lanka; Thailand; Turki; dan Vietnam.

Pertubuhan Produktiviti Asia (APO) sedang membentuk masa depan rantau ini dengan memupuk pembangunan sosioekonomi anggota pertubuhan melalui khidmat nasihat dasar negara, bertindak sebagai badan pemikir, inisiatif pembinaan kapasiti institusi dan perkongsian pengetahuan untuk meningkatkan produktiviti.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18050

No comments:

Post a Comment