Wednesday, May 18, 2016

Cardpow Lancar Program Rebat Tunai

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- CardPow Sdn Bhd, syarikat baru bermula yang menawarkan diskaun dan ganjaran kepada pembeli, telah melancarkan program rebat tunai, yang memberi rebat tunai kepada pelanggan apabila mereka berbelanja di outlet atau jenama terpilih.

Ketua Pegawai Operasi dan Pengasas Bersama, Sze Jun King berkata, syarikat itu merancang membantu pengguna menjimatkan wang dengan memberikan mereka diskaun, promosi dan rebat tunai, melalui rangkaian peniaga tempatan dan antarabangsanya.

"CardPow mengambil lebih dua tahun untuk membina, mengubah suai dan berkisar kepada apa yang ada hari ini. Kami gembira untuk melihat ia akhirnya bersedia untuk kegunaan orang ramai," katanya dalam satu kenyataan.

CardPow berupaya menawarkan ganjaran rebat tunai ke atas pelbagai kategori termasuk fesyen, kecantikan, penjagaan kesihatan, makanan dan minuman, percutian, gajet maklumat dan teknologi, gaya hidup serta aksesori.

Versi beta CardPow dilancarkan pada 1 Februari 2015 hasil bantuan kewangan di bawah Dana Pembangunan Industri Kreatif (CIDF) daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

CardPow berkata, pelanggan sentiasa mencari tawaran terbaik dan nilai untuk wang, terutama dalm iklim ekonomi ketika ini dan ia menawarkan situasi menang-menang kepada pengguna dan peniaga.

"Oleh itu, syarikat berharap untuk pertumbuhan eksponen melalui perkongsian lebih menarik pada masa depan. CardPow akan mengadakan Hujung Minggu Rebat Tunai pada 21 dan 22 Mei 2016," kata Sze.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment