JEMPOL 22 Mei –
Felda bercadang melatih 1,100 warga peneroka yang mahir dalam bidang perubatan
bekam dan akupuntur dalam tempoh terdekat.
Timbalan Pengarah Besar Felda (Pembangunan Komuniti),
Anuar Malek berkata, usaha itu bertujuan meningkatkan pendapatan warga Felda
dalam pelbagai cabang keusahawanan.
Beliau berkata, perkhidmatan perubatan bekam dan
akupuntur kini mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan masyarakat.
‘Ini merupakan kali pertama kita adakan kursus rawatan
bekam alHijamah dan akupuntur dengan kerjasama Felda Wilayah Raja Alias.
‘Kita jangka kursus ini akan menarik minat dalam
kalangan para peneroka di 11 wilayah Felda di seluruh negara,’ katanya yang
ditemui selepas majlis perasmian kursus berkenaan di Dewan Feldajaya Selatan,
di sini semalam.
Yang turut hadir Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti
Felda, Mohd. Nasir Embong dan Ketua Peneroka Felda Negeri Sembilan, Othman
Parman.
Kursus dijalankan oleh kakitangan dari Pusat Rawatan
Pancaran Nur, Kuala Lumpur dan kesemua peserta turut menerima kit rawatan
bekam.
Jelasnya, kursus yang diadakan itu dihadiri 127
peneroka.
Anuar berkata, kursus yang diadakan itu dibiayai oleh
Felda dan bakal memberi manfaat kepada peneroka untuk berjaya sebagai usahawan
dalam bidang berkenaan.
SUMBER
: UTUSAN MALAYSIA
No comments:
Post a Comment