Kuala Lumpur: Pendekatan
menerusi kegiatan pelancongan dilihat sebagai satu cara yang boleh diambil
dengan lebih proaktif oleh kerajaan Malaysia bagi mengubah persepsi negatif
Barat terhadap Islam terutama apabila melabelkan agama itu dengan keganasan.
Pengerusi
Yayasan Nawawi di Amerika Syarikat (AS), Sheikh Dr Umar Faruq Abd-Allah
berkata, usaha itu antara perkara yang boleh dilakukan masyarakat Islam di Asia
Tenggara yang turut berdepan pandangan negatif Barat.
Katanya,
usaha perlu dilakukan untuk memberi pendedahan kepada mereka terhadap keindahan
dan realiti masyarakat Islam sebenar.
“Antara
perkara yang boleh dilakukan ialah dengan menggalakkan aktiviti pelancongan
lebih mesra bagi menjemput masyarakat Barat dan AS untuk ke negara ini serta tunjukkan
kepada mereka mengenai keindahan Islam sebenar.
‘Tidak
kira sama ada tradisi masyarakat di bandar atau pun di kampung. Dedahkan kepada
masyarakat luar terhadap perkara seperti ini. Ia dilakukan dalam keadaan di
mana dakwah itu tidak dilakukan secara terang-terangan,’ katanya ketika ditemui
selepas menyampaikan Kuliah Awam bertajuk ‘Balancing Reason and Tradition in
Contemporary Context’ di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), di sini,
kelmarin.
Kuliah
Awam itu dihadiri 150 jemputan terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat
seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO), jabatan kerajaan serta individu.
Mengenai
perkembangan Islam di AS, Dr Umar Faruq berkata, beliau yakin penyebaran Islam
akan terus berkembang di sebalik cabaran besar yang melanda dalam masyarakat
Islam dan sehingga kini bilangan penganut Islam di negara itu mencecah sekitar
enam hingga tujuh juta orang.
Sumber
: Harian Metro (6 Mei 2016)
No comments:
Post a Comment