RALEIGH, N.C., May 18 (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- PRA Health Sciences, Inc., (PRA) (NASDAQ:PRAH) berbesar hati untuk mengumumkan bahawa mereka telah diiktiraf sebagai Syarikat Penyelidikan Klinikal Terbaik bagi tiga tahun berturut-turut. PRA telah menerima anugerah di majlis Penyelidik Klinikal Antarabangsa Terbaik PharmaTimes yang telah dilangsungkan di London. Anugerah ini menyusuli pengiktirafan terkini PRA sebagai Syarikat Penyelidikan Klinikal Terbaik dalam pertandingan PharmaTimes Americas di mana PRA telah mengungguli enam anugerah berasingan, termasuk dua emas (CRA Berpengalaman dan Perkongsian Strategik—PRA dan CytRx).
No comments:
Post a Comment