Petani kopi dan
pemegang kepentingan industri dari lebih 40 buah negara akan menangani
cabaran kelestarian bagi rantaian nilai kopi di bawah pendekatan
tanggungjawab bersama.
Pengarah Eksekutif ICO, Presiden
Colombia dan Ketua Pegawai Eksekutif Colombian Coffee Growers Federation
(FNC) akan turut mengambil bahagian dalam majlis perasmian itu,
bersama-sama dengan wakil pengeluar kopi dari Afrika, Asia dan Amerika
Latin.
BOGOTA, Colombia, 16 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- (Pejabat Akhbar FNC) –
Forum Pengeluar Kopi Dunia yang Pertama yang akan diadakan di Medellín,
Colombia, dari 10 hingga 12 Julai, akan dirasmikan oleh pakar dan
peneraju dalam pembangunan lestari iaitu Profesor Jeffrey D. Sachs
sebagai penceramah utama.
Program Forum Pengeluar Kopi Dunia yang Pertama termasuk
penceramah, penganalisis dan tetamu bertaraf antarabangsa, dan akan
menangani isu-isu yang memberi kesan terhadap industri kopi secara
keseluruhannya, menjadikan acara ini satu kemestian.
Seorang
profesor yang terkenal dalam dunia ekonomi, penasihat kanan PBB, penulis
yang bukunya laris dan penulis ruang bersindiket, Profesor Sachs kini
adalah pengarah bagi kedua-dua Pusat Pembangunan Lestari (di Universiti
Columbia) dan UN Sustainable Development Solutions Network.
Pengarah
Eksekutif International Coffee Organization (ICO), José Sette; Presiden
Colombia, Juan Manuel Santos, dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi
Colombian Coffee Growers Federation (FNC), Roberto Velez, juga akan
mengambil bahagian dalam majlis perasmian itu, bersama-sama dengan wakil
pengeluar kopi Afrika, Asia dan Amerika Latin.
Forum Pengeluar
Kopi Dunia yang Pertama ini bertujuan menangani cabaran yang boleh
menghalang kelestarian rantaian nilai pada masa hadapan, seperti
pengagihan pendapatan yang lebih saksama dengan pendekatan tanggungjawab
bersama oleh semua pihak yang berkepentingan.
Menyatukan Pengeluar Kopi dan Pemain Utama Industri Global
Agenda
akademik forum itu akan menangani isu-isu yang merupakan cabaran biasa
kepada semua negara pengeluar kopi dan menjadi ancaman kepada industri
secara keseluruhannya. Kelestarian ekonomi penanam kopi, pembangunan
luar bandar, penunjuk sosio-ekonomi, penyesuaian perubahan iklim,
produktiviti, turun naik harga, perubahan generasi dan pekerja adalah
sebahagian daripadanya.
Kumpulan kerja dan panel bertema akan
menganalisis cabaran pengeluaran dan perdagangan kopi dan membuat
cadangan tentang cara untuk menanganinya.
Tokoh bertaraf antarabangsa
lain yang menghadiri forum itu sebagai moderator atau penceramah ialah
Ric Rhinehart, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Specialty
Coffee Association (SCA); Fred Kawuma, Setiausaha Agung Inter-African
Coffee Organization (IACO); Silas Brasileiro, Presiden Eksekutif
Brazil's National Coffee Council (NCC) dan Annette Pensel, Pengarah
Eksekutif Global Coffee Platform.
Ronald Peters, Pengarah
Eksekutif Costa Rica's Coffee Institute (Icafé); René León, Setiausaha
Eksekutif Promecafé; Ishak Lukenge, Presiden Uganda Chapter dan
Pengerusi Lembaga Pengarah African Fine Coffees Association (AFCA) serta
Vanusia Nogueira, Pengarah Eksekutif Brazil Specialty Coffee
Association (BSCA) juga akan mengambil bahagian dalam forum sebagai
moderator atau ahli panel.
Antara wakil industri yang menghadiri
forum tersebut, termasuk syarikat global seperti Starbucks, beberapa
individu juga akan mengambil bahagian sebagai penceramah atau ahli
panel, seperti Marcelo Burity, Ketua Pembangunan Kopi Hijau di Nestlé,
dan Andrea Illy, Pengerusi Illycaffè.
Di sepanjang persidangan
itu, para hadirin akan dapat merasai kopi dari semua negara pengeluar
yang akan mengambil bahagian dalam forum tersebut.
Memandangkan
tarikan hebat yang ditawarkan oleh acara ini (termasuk dua hari lawatan
ke rantau kopi Colombia pusat) dan tempat adalah terhad, mereka yang
berminat untuk menghadiri mesti mendaftar di:http://www.worldcoffeeproducersforum.com/es
http://www.worldcoffeeproducersforum.com/
Mengenai FNC
Ditubuhkan
pada tahun 1927, Colombian Coffee Growers Federation (FNC, Federación
Nacional de Cafeteros) mewakili lebih daripada 560,000 penanam kopi
Colombia. Dengan wawasan kelestarian alam sekitar, ekonomi dan sosial,
misinya adalah untuk bekerja bagi kesejahteraan penanam kopi Colombia
dan keluarga mereka. Ia menyediakan barangan dan perkhidmatan awam dan
membangunkan program dan strategi khusus yang membantu mereka mendaki
rantaian nilai dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Maklumat Perhubungan:
Federación Nacional de Cafeteros de Colombia
Jenny Vanessa Cuervo
(57+1) 3136600 Ext. 1697
SUMBER : Federacion Nacional de Cafeteros de Colombia-Fondo Nacional del Café
No comments:
Post a Comment