Wednesday, June 14, 2017

KEIO PLAZA HOTEL TOKYO MEMULAKAN PENGALAMAN KIMONO (YUKATA) KASUAL

Menyediakan Pengalaman Budaya Yang Lebih Kaya bagi Tetamu Luar Negara 

TOKYO, 13 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo, satu daripada hotel antarabangsa yang paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan bekerjasama dengan JTB Japan Travel Corp. dan Keio Department Store Co., Ltd. untuk menyediakan “Pelan Pengalaman Kimono (Yukata) Mudah” sebagai sebahagian daripada "Pelan Jelajah Matahari Terbit” Kumpulan JTB yang mensasarkan pelawat luar negara dari 13 Jun, 2017. Kakitangan hotel kami akan menyediakan yukata (kimono kasual) Jepun untuk disewa dan akan membantu tetamu mengambil gambar di dalam hotel kami. Selepas itu, tetamu boleh memakai yukata mereka untuk melawat pelbagai destinasi di luar hotel kami. Perkhidmatan ini disediakan untuk meningkatkan kepuasan pelanggan bagi pengunjung luar negara dengan memenuhi keinginan mereka yang semakin meningkat untuk mengalami budaya Jepun, dan merupakan satu daripada pelbagai program pengalaman yang ditawarkan oleh hotel kami termasuk pengalaman memakai kimono perkahwinan Jepun, pengalaman upacara minum teh dan acara-acara lain.

Dua buah pelan akan ditawarkan, termasuk pelan yukata standard bagi kedua-dua tetamu lelaki dan wanita (JPY5,400 bagi setiap tetamu) dan pelan yukata premium bagi tetamu wanita (JPY7,000 bagi setiap tetamu). Kedua-dua pelan termasuk aksesori tradisional Jepun termasuk kasut "geta", sikat rambut hiasan "kanzashi", dan beg tangan "kinchaku". Tempahan bagi program pengalaman ini akan mula dibuat bermula dari 13 Jun, 2017 di meja Jelajah Matahari Terbit JTB di dalam hotel kami dan melalui laman web. Yukata yang disewa dan bantuan dalam memakainya akan disediakan di "Pejabat Kostum Gedung Serbaneka Keio" yang terletak di tingkat tiga di hotel berkenaan. Di samping itu, kakitangan akan membantu tetamu untuk mengambil gambar di tempat-tempat yang mempunyai pemandangan yang indah di dalam hotel kami sebelum meninggalkan hotel untuk menikmati pelbagai destinasi di sekitar Tokyo dengan berpakaian yukata.

No comments:

Post a Comment