Berkos Rendah, Pesawat Berprestasi Tinggi Mewakili Dron Tentera Generasi Mendatang
SAN DIEGO, 15 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --
Kratos Defense & Security Solutions, Inc. (NASDAQ:KTOS), sebuah
pembekal Penyelesaian Keselamatan Negara, hari ini mengumumkan syarikat
itu akan secara rasmi memperkenalkan kelas baharu bagi sistem aerial
tanpa pemandu yang mewakili masa depan pertempuran udara di Pertunjukan
Udara Paris 2017. Kratos adalah peneraju dalam sistem aerial tanpa
pemandu dengan keupayaan untuk mereka bentuk dengan cepat, membangun,
menunjukkan dan memberikan dron berkuasa jet berprestasi tinggi dengan
harga yang berpatutan.
Foto yang dilampirkan bersama pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/7d1c48b9-07d0-4ae1-9704-646f51a30f32
http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/96fb3aca-7dfe-470c-b662-436d7edd7286
http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/0a6629dc-e064-47b2-bb14-7909905913db
http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/caf99365-ca62-415f-a9d3-205b812d0014
Di
pertunjukan itu, Kratos akan mempersembahkan dron XQ-222 Valkyrie dan
UTAP-22 Mako yang memberikan prestasi seperti pejuang dan direka untuk
berfungsi sebagai pengiring kepada pesawat yang dipandu manusia di ruang
udara yang dipertandingkan.
Valkyrie dan Mako mewakili generasi
mendatang bagi UAV. Pesawat tersebut sangat mudah dikendalikan, senyap,
mampu terbang dengan kelajuan hampir menyamai supersonik, dan boleh
membawa dan mengatur kedudukan senjata atau sistem pengawasan. Valkyrie
yang lebih besar, berukuran kira-kira 30 kaki panjang, mempunyai julat
yang menakjubkan lebih daripada 3,000 batu nautika.
Paling
penting, UAV Kratos selaras dengan strategi tentera terkini kerana boleh
diguna semula dan harganya yang rendah – dalam julat $2 juta sehingga $
3 juta. Ini menjimatkan untuk mengatur kedudukannya dalam jumlah yang
mampu menyokong secara efektif pesawat dengan pemandu atau beroperasi
secara bebas dalam pertempuran.
Valkyrie baru-baru ini telah
diumumkan oleh Air Force Research Labs (AFRL) pada pembentangan mengenai
program Teknologi Pesawat Beratribut Kos Rendah (LCAAT) di Pangkalan
Tentera Udara Wright Patterson.
"Jika anda menggabungkan
sekumpulan pesawat ini dengan F-35 atau F-22 atau sebahagian daripada
aset pengawasan kami, anda pada dasarnya akan mampu untuk meliputi lebih
banyak ruang pada kos lebih rendah," Bill Baron, pengurus projek AFRL
LCAAT, memberitahu Dayton Daily News dalam acara pada 9 Mei. "Dalam
banyak kes, kita tidak mempunyai kapal terbang yang mencukupi dan jika
anda lihat masa mendatang, kemungkinan besar saiz armada kita akan terus
menjadi lebih terhad jadi ini adalah satu cara untuk menyediakan
pengganda kuasa."
Valkyrie telah dibangunkan sejak Julai 2016,
apabila Tentera Udara Amerika Syarikat menganugerahkan Kratos kontrak
untuk membangunkan LCAAT tersebut. Selepas usaha reka bentuk dan
pembangunan kurang daripada dua tahun, Valkyrie dijadualkan untuk
penerbangan pertama pada musim bunga 2018. Mako sudah beroperasi dan
dijadualkan untuk penerbangan ujian susulan, di mana ia akan membawa
sensor dan akan bekerjasama dengan pesawat dengan pemandu pada bulan
Jun, Julai dan Ogos tahun ini.
"Mako dan Valkyrie mewakili
keseluruhan kategori baharu UAV," kata Eric Demarco, Ketua Pegawai
Eksekutif Kratos. "Terima kasih kepada kepakaran dron sasaran dan
pasukan penyelidikan dan pembangunan dalaman kami, kami telah dapat
menggabungkan prestasi tinggi dengan kos rendah pada pesawat yang
berfungsi sepenuhnya. Kami juga telah melakukannya dalam masa kurang
dari dua tahun, bukan dekad."
Pertunjukan Udara Paris adalah
acara aeroangkasa terbesar di dunia dan akan berlangsung pada 19 - 25
Jun. Kratos akan melayani pengunjung di booth # 3 A118.
Mengenai Kratos
Kratos
Defense & Security Solutions, Inc. (NASDAQ:KTOS) membangunkan
teknologi transformatif bagi Jabatan Pertahanan dan pelanggan komersial.
Kratos mengubah kejayaan teknologi untuk industri-industri ini dibawa
ke pasaran melalui penyelidikan proaktif dan proses pembangunan yang
diselaraskan. Kratos mengkhusus dalam sistem tanpa pemandu, komunikasi
satelit, keselamatan/peperangan siber, elektronik gelombang mikro,
pertahanan peluru berpandu dan sistem pertempuran. Untuk maklumat
lanjut, sila lawati www.kratosdefense.com
Hubungan Akhbar:
Yolanda White
858-812-7302 Talian terus
Maklumat Pelabur:
877-934-4687
investor@kratosdefense.com
Hubungan Akhbar:
Jon Schmid
619-200-7257
JSchmid@CookandSchmid.com
SUMBER : Kratos Defense & Security Solutions, Inc.
--BERNAMA
No comments:
Post a Comment