Wednesday, January 27, 2021

Cavli Wireless Memulakan Pembuatan bagi Modul LTWAN, LTE, dan 5G IoT di India Berasaskan kepada Cipset GCT Semiconductor


 


“Modul LTE/LPWAN IoT bersepadu eSIM Cavli akan menjadi penyelesaian komunikasi tanpa wayar yang pertama seumpamanya yang direka & dihasilkan di India untuk menggerakkan aplikasi loT di dalam sektor Bandar raya pintar, Automotif, Tenaga & Utiliti, Pembuatan, Penjagaan Kesihatan, dan Pertanian di seluruh dunia”


SAN JOSE, Calif., 25 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Cavli Wireless, telah menjalin kerjasama dengan GCT Semiconductor  dan melesenkan cipset itu, untuk mengeluar dan menghasilkan modul LPWAN, LTE, dan 5G loT di India. Ini akan menjadi inisiatif yang pertama seumpamanya untuk memulakan pembuatan modul LTE/LPWAN loT bergred industri di India. India adalah sebuah hab baru muncul bagi pembangunan  produk loT bagi pasaran global dan sebuah modul loT yang direka, dibangun, dan dihasilkan di India sudah  menjadi berita yang dialu-alukan bagi pangkalan pelanggan Cavli yang sedia ada.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210124005080/en/

GCT Semiconductor, Inc. mereka dan membangunkan penyelesaian cipset LTE yang berinovatif bagi industri komunikasi tanpa wayar 4G LTE, LPWAN, dan 5G.

Satu sorotan utama di dalam kerjasama ini, Modul loT Pintar LTE CAT M1/NB1/NB2 C42GM yang didasarkan kepada GCT GDM7243i, dilengkapi dengan sebuah eSIM bersepadu, GNSS, pengawal CAN, dan BLE-4.2, yang menjadikannya perkakasan impian bagi setiap pembuat pengesanan aset penyelesaian automotif. Tambahan pula, modul loT pintar C42GM itu adalah serasi dengan Sigfox dan menjadikannya satu pilihan yang menarik bagi organisasi yang memberi tumpuan kepada penyelesaian penyambungan hibrid. Pelbagai jenis aplikasi/kes penggunaan LPWAN seperti pengesan, sesuai dipakai, meter utiliti pintar, dan penyelesaian berasaskan sensor lain bagi projek bandar raya pintar dapat digerakkan dengan lancar dengan dikuasakan oleh modul loT pintar C42GM bersepadu eSIM dengan penyambungan global.

Industri penyambungan tanpa wayar yang terus berkembang kini diisikan semula oleh dorongan tambahan bagi  usaha pendigitalan, di tengah-tengah pandemik itu, sedang menetapkan pentas bagi India untuk muncul sebagai sebuah hab pembuatan elektronik global bagi pasaran maju. Perkongsian ini dengan GCT Semiconductor ini menempatkan Cavli Wireless sebagai sebuah rakan global pilihan bagi banyak perusahaan projek loT di mana pasaran itu sedang menuntut produk perkakasan penyambungan dengan satu tahap integrasi yang tinggi.

Pada masa ini mengendalikan rintis dengan pelanggan di seluruh dunia, modul loT pertama itu daripada perkongsian ini - C42GM akan mula dihantar ke seluruh dunia, pada satu asas pengeluaran besar-besaran bermula pada suku pertama tahun 2021.

Pembuat penyelesaian IoT yang berminat untuk membuat pra-pesanan sebuah Kit Penilaian boleh melayari pautan untuk tujuan yang sama.

Dapatkan maklumat terkini dan kemas kini di Cavli Wireless di sini

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14198

No comments:

Post a Comment