Wednesday, January 20, 2021

COMMONWEALTH LNG MELANCARKAN TENDER UNTUK PENGAMBILAN LNG

HOUSTON, NEW YORK & SINGAPURA, 19 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Commonwealth LNG, yang bekerjasama dengan Kumpulan Gunvor (“Gunvor”), hari ini mengumumkan pelancaran satu proses formal untuk mendapatkan tawaran bagi menyimpan pengambilan daripada kemudahan LNG mereka yang boleh menghasilkan 8.4 juta tan setahun (MTPA) yang dirancang di Cameron, Louisiana. Ia adalah proses tender yang pertama seumpamanya di mana bakal pelanggan LNG boleh menjamin bekalan jangka masa depan pada volum, harga dan jangka masa yang mereka pilih melalui pembidaan yang kompetitif. LNG akan tersedia di bawah perjanjian penghantaran tol, percuma atas kapal (FOB) atau diserahkan di lokasi (DAP) untuk memadankan dengan pilihan pelanggan. Pegawai-pegawai Commonwealth berkata bahawa satu pendekatan yang berbeza diperlukan berikutan perubahan di dalam pasaran tenaga akibat daripada pandemik global itu.


Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Commonwealth Paul Varello berkata bahawa pendekatan berinovatif itu untuk menjual LNG memberi manfaat kepada projek itu dan juga bakal pembeli. “Kami percaya bahawa proses ini menawarkan satu penyelesaian yang berisiko rendah yang saling menguntungkan bagi pembeli untuk memenuhi keperluan jangka panjang mereka dan pada masa yang sama membolehkan Commonwealth untuk memajukan projek kami dengan cepat bagi memenuhi permintaan pasaran.”

Tender Commonwealth disokong oleh Gunvor Group, Ltd., pedagang bebas global terkemuka bagi LNG. Gunvor dan Commonwealth LNG mempunyai satu perjanjian strategik di mana Gunvor menyokong Commonwealth di dalam mendapatkan perjanjian pengambilan dan pembekalan gas LNG yang terikat untuk kemudahan tersebut. Gunvor telah komited untuk mengambil sehingga 3 MTPA bagi pengambilan LNG dari projek itu. Sebagai tambahan, sebagai sebahagian daripada tender itu, Gunvor akan membolehkan penawaran bagi asas DAP kepada pelanggan yang menginginkan pilihan ini. Tambahan pula, penggunaan portfolio LNG Gunvor akan membolehkan penawaran untuk menyediakan kewajipan bekalan LNG yang tegas, yang akan mengurangkan risiko bekalan projek industri pembinaan di tanah yang belum dibangunkan dan/atau membenarkan penghantaran LNG sebelum permulaan projek Commonwealth LNG kepada pembeli yang memerlukan bekalan lebih awal.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14185

No comments:

Post a Comment