Friday, January 15, 2021

Toshiba Memperkenalkan 5 Kumpulan Baharu Bagi Mikropengawal Kelas Lanjutan Keluarga TXZ+™ Yang Merealisasikan Penggunaan Kuasa Rendah, Pengurangan Kos Sistem Sokongan Dan Kawalan Motor



- Berasaskan kepada teras Arm® Cortex®-M dengan ingatan kilat berkapasiti besar bersepadu


TOKYO, 13 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (“Toshiba”) memperkenalkan lima kumpulan bagi mikropengawal baharu, yang tergolong di dalam keluarga TXZ+™. Kumpulan M4K, M4M, M4G, dan M4N adalah didasarkan kepada teras Arm Cortex-M4, dan kumpulan M3H adalah berdasarkan kepada teras Arm Cortex-M3. Semua kumpulan menawarkan penggunaan kuasa yang rendah, sesuai untuk pelbagai jenis aplikasi seperti kawalan motor, peranti IoT yang disambungkan, fungsi penderiaan canggih, dll.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210112005488/en/

Sampel kejuruteraan akan mula dihantar pada suku keempat Tahun Kewangan 2020 (Januari hingga Mac 2021) dan pengeluaran besar-besaran akan bermula pada suku kedua Tahun Kewangan 2021 (Julai hingga September 2021). Dokumentasi bersekutu, peranti pembangunan dan perisian contoh akan juga disediakan.

Kelas lanjutan itu mempunyai frekuensi kendalian maksimum 200MHz, ingatan kilat maksimum 2MB dan penukar analog-ke-digital 12-bit. Mereka dilengkapi dengan periferal yang bertumpukan kepada aplikasi seperti enjin kawalan motor berkecekapan tinggi atau antara muka sambungan yang kaya.

Ciri-ciri Utama

- teras Arm Cortex-M4

Kumpulan M4K

Perkakasan kawalan motor, fungsi diagnosis diri untuk standard keselamatan fungsian peralatan rumah IEC 60730
Kumpulan M4M
Perkakasan kawalan motor, antara muka CAN, fungsi diagnosis diri untuk standard keselamatan fungsian peralatan rumah IEC 60730
Kumpulan M4G
Frekuensi kendalian maksimum 200MHz, ingatan kilat maksimum 2MB, antara muka bagi komunikasi berkelajuan tinggi, litar analog untuk pelbagai sambungan sensor, kemas kini perisian tegar kebolehpercayaan tinggi untuk pemprosesan yang selamat
Kumpulan M4N
Frekuensi kendalian maksimum 200MHz, ingatan kilat maksimum 2MB, pelbagai antara muka bagi peranti IoT (penderiaan dan komunikasi), menyokong pemindahan data berkelajuan tinggi

- teras Arm Cortex-M3
Kumpulan M3H

Fungsi paparan LCD bersepadu, fungsi diagnosis diri untuk standard keselamatan fungsian peralatan rumah IEC 60730, kawalan motor berkecekapan tinggi, pengurangan kos sistem dengan mengurangkan BOM

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kelas lanjutan keluarga Toshiba TXZ+, sila layari:
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/company/exhibition/campaign/txzplus-family-advanced-class-new-products.html

Klik di sini untuk video pengenalan.
https://videoclip.toshiba.semicon-storage.com/ap-en/detail/videos/semiconductor-products/video/6222047575001/products-overview:-5-groups-of-txz-%E2%84%A2-family-advanced-class-microcontroller?autoStart=true

* Arm dan Cortex adalah tanda perniagaan berdaftar bagi Arm Limited (atau anak syarikatnya) di Amerika Syarikat dan/atau di tempat lain.
* TXZ+™ adalah sebuah tanda perniagaan bagi Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation.
* Nama syarikat, nama produk, dan nama perkhidmatan adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.

Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Pemasaran Peranti Sistem II
Kumpulan Pelbagai Pemasaran II
Tel: +81-3-3457-3465
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

*Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan bagi perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14174


No comments:

Post a Comment