Wednesday, January 6, 2021

OKEX MENGUMUMKAN PELANCARAN RANGKAIAN UTAMA OKEXCHAIN - DAN CARA MEMPEROLEH TOKEN NATIFNYA, OKT

 VICTORIA, Seychelles, 6 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- OKEx (www.okex.com), iaitu bursa jual beli dan terbitan mata wang kripto yang terkenal di dunia, amat gembira untuk mengumumkan pelancaran rangkaian utama OKExChain. Tidak seperti rangkaian bursa yang lain, OKEx ingin memberikan penekanan terhadap kualiti teras rangkaian blok, yakni keterbukaan dan desentralisasi dalam OKExChain. Selepas lebih 10 lelaran pada rangkaian ujian dan pembangunan berterusan yang menyeluruh, visi ini akhirnya membuahkan hasil.


OKExChain akan dikeluarkan dalam empat peringkat, bermula dengan peringkat Genesis dari 31 Dis 2020 hingga 14 Jan 2021, diikuti dengan peringkat kedua, yang akan bertumpu pada pengujian kestabilan rangkaian utama. Dalam peringkat ketiga, fungsi transaksi akan didayakan, dan pengguna boleh mengeluarkan OKT mereka daripada OKEx kepada OKExChain. Semasa fasa keempat dan yang terakhir, mesin maya kontrak pintar akan didayakan, dan OKExChain akan menjadi serasi dengan semua projek pada Ethereum dengan rangkaian utama dilancarkan sepenuhnya secara rasmi.

Sejak pelancaran rangkaian ujian awalnya, OKExChain telah memperlihatkan naik taraf yang ketara, termasuk komitmen terhadap sumber terbuka, pembangunan kontrak pintar EVM, lelaran untuk mengurangkan yuran perdagangan, dan kerjasama dengan projek termasuk Waves, Achain, dan DoraHacks. OKExChain juga telah mengembangkan ekosistem aplikasi desentralisasinya melalui pembangunan berterusan dan hackathon yang sangat berjaya.

"2020 merupakan tahun yang menyaksikan transformasi yang menakjubkan dan, walaupun kami melihat banyak kesukaran yang disebabkan oleh pandemik, kami juga melihat pertumbuhan yang hebat dalam bidang mata wang kripto. Bagi OKEx, tahun ini ialah tahun untuk renungan diri dan pembelajaran, dan kami amat gembira untuk melancarkan OKExChain kepada rangkaian utama, yang akan melanjutkan sistem kewangan masa depan," kata CEO OKEx, Jay Hao.

Menempa OKT melalui Jumpstart OKEx

Penempaan token natif, iaitu OKTdaripada OKExChain, akan bermula pada pukul 4:00 petang waktu UTC pada 31 Dis 2020, dan akan tamat pada pukul 16:00 waktu UTC pada 14 Jan 2021, dengan pengeluaran awal sebanyak 10 juta. OKT akan dikeluarkan mengikut bahagian kepada pemegang OKB melalui OKEx Jumpstart. Pemegang OKB boleh mempertaruhkan OKB untuk menuntut OKT serta mempertaruhkan dan menarik balik taruhan pada bila-bila masa.

Tentang OKEx

OKEx menawarkan pasaran yang paling pelbagai agar pedagang, pelombong dan pelabur institut kripto global dapat berkumpul untuk menguruskan aset kripto, meningkatkan peluang pelaburan dan melindungi nilai daripada risiko.Kami menyediakan perdagangan jual beli dan terbitan termasuk niaga hadapan, pertukaran berterusan dan pilihan  mata wang kripto yang besar, dan menawarkan kefleksibelan kepada pelabur dalam membangunkan strategi mereka untuk memaksimumkan perolehan dan menguruskan risiko.


Orang hubungan media:

Vivien Choi/Andrea Leung
media@okex.com


SUMBER : OKEx

No comments:

Post a Comment